loading...

Friday 10 May 2019

'OKU terpaksa tunggu orang sempurna tubuh badan guna lif'


Viral gambar seorang lelaki OKU berkerusi roda tidak diberi ruang untuk menggunakan lif, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

Sedangkan sudah jelas terpampang di depan pintu lif Stesen Komuter Tao Poon, Thailand, tersebut bahawa keutamaan harus diberikan kepada golongan yang memerlukan termasuklah golongan OKU. 

Netizen meluahkan rasa kesal dan malu mereka dengan sikap orang ramai yang masih tidak menidakkan hak golongan berkenaan. 

Dalam gambar itu menunjukkan, seorang lelaki OKU berkerusi roda dilihat terpaksa menunggu di luar pintu lif, manakala mereka yang lain, yang sempurna tubuh badannya menggunakan lif dan hanya membiarkan saja lelaki itu menunggu di luar. 

"Kepada yang rasa Thailand adalah negara membangun, lihatlah gambar ini. Inilah yang berlaku hampir di setiap stesen. Golongan OKU terpaksa menunggu golongan yang sempurna tubuh badannya menggunakan lif," kata Somchai Puanunchai. 



from The Reporter http://bit.ly/2VjiDQl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2E0Sbox
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...