loading...

Sunday, 12 May 2019

Muhammad Sajjad didakwa di mahkamah kerana miliki 19 produk tidak berdaftar dengan KKM


Usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Muhammad Sajjad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd RAhman. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, sepasukan anggota dan pegawai unit farmasi KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, jam 12 tengah hari 15 Ogos 2018 dan merampas 19 jenis produk kecantikan yang bernilai hampir RM10,000. 

Antara produk yang dirampas adalah produk pemutih kulit dan produk kecantikan lain dan tindakan itu diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 

Muhammad Sajjad didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor, manakala Muhammad Sajjad diwakili peguam bela. 

Mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan dan seorang penjamin serta kes disebut semula pada 23 Jun ini. 

Sumber: Kosmo


from The Reporter http://bit.ly/2E0Q43Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2HfEe76
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...