Susulan si suami menafikan dia membelasah isterinya sehingga mengalami keguguran, mangsa tampil memberikan penjelasan dan menegaskan dia mempunyai bukti bahawa lelaki itu memang telah menderanya.
Pada 11 Mei lalu, mangsa berusia 36 tahun berkata, suaminya, Dania Bin Dadeem, 26, telah memukulnya sehingga menyebabkan kandungannya yang berusia dua bulan itu keguguran.
Mangsa telah menjalinkan hubungan dengan suaminya lebih 10 tahun dan perkenalan awal mereka bermula ketika lelaki itu mengunjungi tempat kerjanya.
Menurutnya, suaminya mempunyai sikap panas baran dan mereka kerap bergaduh sehingga dia selalu menjadi mangsa pukul meskipun Dania tahu dia hamil.
Difahamkan, pasangan itu mempunyai dua orang anak. Anak pertama adalah hasil hubungan dengan bekas suami pertama, manakala anak kedua dengan Dania.
Mangsa mendakwa dia telah dipukul, diterajang di bahagian perut sehingga menyebabkan keguguran. Dania langsung tidak memohon maaf di atas tindakannya itu, malah terus keluar dari rumah.
Selepas seminggu kemudian, Dania pulang semula ke rumah dan meminta maaf serta berjanji akan memberikan fokus untuk menjaga keluarganya dan mereka kembali hidup sebagai suami isteri seperti biasa.
Hujung bulan April, Dania berkata keluarganya mahu berjumpa dengan anak-anaknya tanpa menyangka itulah kali terakhir mangsa bertemu dengan anaknya.
Bimbang dengan keselamatan anaknya serta lelaki itu langsung tidak membawa anak itu pergi menjalani pemeriksaan rutin, mangsa membuat laporan polis.
Mangsa pernah cuba pergi mendapatkan anaknya semula di rumah keluarga suaminya itu, tetapi tidak diendahkan.
Mangsa cuba mencari suaminya di tempat kerja untuk berbincang, tetapi dia dimaklumkan lelaki itu telah digantung kerja kerana menghisap ganja ketika bekerja.
Tiada apa yang si ibu mahukan melainkan mendapat semula anaknya. Malah si ibu kini mahu membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan anaknya.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter http://bit.ly/2LzaJCF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2HcEofu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment