Kerajaan China mengeluarkan arahan untuk melarang penjawat awam, pelajar dan guru beragama Islam di Xinjiang dari berpuasa di sepanjang bulan ramadan dan mengarahkan restoran dibuka seperti biasa.
China yang diperintah oleh parti komunis secara rasminya mengamalkan fahaman atheist dan telah bertahun lamanya melarang ajaran agama Islam diamalkan di Xinjiang yang dihuni oleh penduduk minoriti, Uighur, yang beragama Islam.
"Perkhidmatan penyediaan makanan akan beroperasi seperti biasa ketika ramadan," kata notis yang disiarkan di laman sesawang milik kerajaan.
"Semasa ramadan, (Umat Islam) tidak dibenarkan berpuasa dan menyertai aktiviti agama," kata kenyatan itu lagi.
Saban tahun, kerajaan melarang umat Islam Uighur di Xinjiang berpuasa walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak antarabangsa.
Kerajaan China menegaskan, mereka juga berdepan dengan ancaman pengganas di XInjiang dan mendakwa puak pelampau agama yang menjadi punca aktiviti keganasan itu semakin 'membiak'.
Sumber: Aljazeera
from The Reporter http://bit.ly/2VPPe4A
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VNulqk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment