Viral di media sosial gambar seorang lelaki hancur tangan kanannya dan Facebook page yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia pula mendakwa ia merupakan mangsa pertama akibat bermain mercun.
Namun semakan mendapati, kejadian itu berlaku di Thailand, bukannya berpunca dari aktiviti bermain mercun.
Polis di Balai Polis Bang Len semalam menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian letupan di sebuah kedai runcit di Nakhon Pathom.
Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati, dua lelaki mengalami kecederaan parah dan kedua-duanya dikejarkan ke hospital berdekatan.
Mangsa pertama, Tosaporn Srisaklad, 26, hancur tangan kanan akibat terkena letupan bom buatan sendiri, manakala mangsa kedua, Wan Chalermtang, 20, parah di bahagian muka dan tidak sedarkan diri.
Siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit mengenali masing-masing. Wan Chalermtang datang ke kedai runcit itu untuk memberi barang dapur sebelum didatangi Tosaporn yang membawa bom di tangannya.
Tosaporn cuba menyumbat bom itu ke dalam mulut Wan Chalermtang. Malangnya bom itu meletup sebelum Tosaporn sempat berbuat demikian yang menyebabkan tangannya hancur, manakala Wan Chalermtang parah di muka akibat terkena letupan itu.
Polis masih menunggu kedua-dua mangsa dirawat sebelum mengambil keterangan mereka untuk tindakan lanjut.
Sumber: Hilight
from The Reporter http://bit.ly/2vJBZnd
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2H7GDlB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment