loading...

Friday, 3 May 2019

'Adik aku meninggal, perempuan tu salahkan adik aku sedangkan dia keluar simpang tak tengok kiri kanan'


Susulan kes penunggang motosikal lempang pemandu wanita tidak memberi lampu isyarat ketika menukar lorong, tampil beberapa individu di media sosial turut berkongsi kejadian seumpama itu. 

Dalam kejadian yang dikongsikan oleh Sharell Eizwan, adik kepada sahabatnya meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa di hospital dan pemandu wanita itu pula enggan mengaku salah, sebaliknya menyalahkan mangsa yang melanggarnya. 

KEJADIAN ini baru berlaku dalam beberapa minggu lepas kepada adik kawan aku. Kesnya kereta keluar dari simpang, tak bagi signal. Kena hentam dengan motosikal. 

Tak ada apa sangat pun, adik dia mati je. Selepas itu, driver perempuan play victim. Simple kan? 

Sesimple kau, aku dan semua orang ucap takziah al fatihah kepada keluarga mangsa. 



Berbeza dengan kes kena lempang. Kes itu jenayah berat. Kena lempang pasal tak bagi signal ini satu perkara serius yang melibatkan maruah. Kau naik motosikal kot, apa kelayakan kau nak lempang pemandu kereta? Lagi-lagi wanita. 

Bukan kena pun. Kalau kena, claimlah insurans. Kalau mati, family kau dapat duit. Apalah sangat nyawa kau tu berbanding puluhan ribu yang bakal keluarga kau dapat. Cuba fikir jauh sikit. 



from The Reporter http://bit.ly/2Wu2gBT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ZVbcSH
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...