loading...

Tuesday 7 May 2019

3 paip utama pecah, 86 kawasan sekitar Klang alami gangguan bekalan air sejak 5 Mei sehingga kini masih belum selesai


Ahad 5 Mei 2019, penduduk di sekitar Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak jam 9 pagi ekoran tiga paip utama kendalian Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pecah.

Kesemua paip itu berada berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping. 

Antara kawasan-kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Teluk Gedung Kecil, Bandar Bestari, Teluk Pulai, Bandar Botanik, Kampung Keretapi, Bandar Bukit Tinggi 1, Kampung Pendamar, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Kota Pendamar.

Turut terjejas di Bandar Klang (Bt 1 - 3 Jln Meru), Lorong Tingkat dan Rembau, Bandar Parkland, Pandamaran, Bandar Putera 2, Pangsapuri Sri Perantau, Bandar Puteri, Pelabuhan Utara, Berjaya Park Persiaran Raja Muda Musa, Glenmarie Cove, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Glenn Cruise, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2, Hospital Ampuan Rahimah dan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3.



Jalan Datuk Hamzah, Pulau Ketam, Jalan Istana, Batu Belah, Teluk Kapas, Jalan Kapar, kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industri Park, Jalan Kebun, kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Jalan Klang Banting dan Perepat.

Jalan Kota, Sementa, Jalan Kota Raja, Sungai Putus, Jalan Padang, Jalan Goh Hock Huat, Jalan Pelabuhan Utara, Sungai Sireh, Jalan Raja Lumu, Taman Bayu Mas, Jalan Raya Barat, Taman Bayu Perdana, Jalan Raya Timur, Taman Bayu Tinggi dan Jalan Stesen serta Solok Besar.

Taman Berembang, Jalan Tengku Badar, Taman Bijaya Kampung Jawa, Jalan Tengku Diauddin, Taman Chi Liung, Jalan Tengku Kelana, Taman Desawan, Jalan Kem, Taman Gembira, Jalan Limbungan, Taman Klang Jaya, Jalan Syahbandar, Taman Palm Groove, Johan Setia dan Taman Pendamar Indah.

Kampung Kastam, Taman Samudera, Kampung Raja Uda, Taman Selatan, Berkeley atau Eng Ann, Taman Sentosa, Jalan Tepi Sungai, Taman Suria Pendamar, Jalan Yadi, Teluk Gadong Kecil, Jalan Raja Nong, Teluk Gedong Indah, Kampung Delek, Taman Petaling Indah, Sungai Bertik, Taman Radzi, Teluk Gadong Besar, Sungai Udang, Pelabuhan Utara, Taman Sri Andalas dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.





Semalam, pihak Air Selangor menjangkakan kerja-kerja pembaikan itu akan siap pada jam 8 malam Isnin, tetapi tempoh itu terpaksa dilanjutkan ekoran berlaku pergerakan tanah.

Tiada tempoh jangkaan bekalan air akan kembali pulih diberikan, namun pihak Air Selangor sedang giat melakukan kerja-kerja pembaikan dan cuba mempercepatkan proses kerja. 

"..tempoh siap kerja-kerja pembaikan paip-paip utama yang pecah terpaksa dilanjutkan ekoran berlaku pergerakan tanah menyebabkan kelewatan proses kerja-kerja pembaikan. 

"Pihak kami memerlukan masa bagi menyiapkan kerja-kerja pembaikan ini sebelum bekalan dapat diaktifkan semula. Penyaluran semula bekalan akan dilakukan sejurus kerja-kerja pembaikan siap. 

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yagn dihadapi pelanggan dan segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan," kata kenyataan itu.




Bantuan lori-lori tangki air masih digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas. Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili-pili awam masih diaktifkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terjejas. 



from The Reporter http://bit.ly/2H6y9uE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WsNVFz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...