Seorang lelaki di Bandar Zamboanga, Filipina, ini gemar keluar dan minum dengan rakan-rakannya sehingga mabuk teruk membuatkan isterinya geram.
Difahamkan, lelaki terbabit keluar minum bersama rakan-rakannya pada malam Rabu 2 Januari walaupun isterinya sudah mengingatkan untuk pulang terus ke rumah.
Selepas berjoli sakan dengan rakannya, si suami pulang ke rumah. Namun kepulangannya disambut oleh isteri dengan pisau di tangan.
Tanpa sempat berbuat apa-apa, si isteri yang berang melihat suaminya mabuk, terus menyerang dan cuba menikam mangsa beberapa kali menyebabkan dua luka parah di tangan kanan mangsa.
Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini stabil.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian berdarah itu dan telah menahan suspek untuk siasatan.
Bagaimanapun, mangsa yang mendapat tahu isterinya ditahan, terus bergegas ke balai dan meminta pihak polis tidak menyumbat isterinya ke dalam lokap selain mengaku apa yang terjadi itu adalah berpunca dari kesilapan dirinya.
Si suami turut meminta isterinya memaafkan dirinya dan berkata suspek bertindak demikian kerana sikapnya sendiri.
Memandangkan mangsa tidak membuat dakwaan terhadap suspek, polis kemudian melepaskan isteri mangsa. Si suami kemudian berjanji kepada isterinya yang dia tidak akan minum dan mabuk bersama rakan-rakannya lagi.
Sumber: ABS-CBN News, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2F4Fhbd
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2GOAhcu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment