Mazda CX-5 yang terjatuh dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang kelmarin, berjaya dinaikkan jam 5.50 petang tadi.
Turut kelihatan, mayat mangsa, Moey Yun Peng, 20, yang masih berada di tempat duduk pemandu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi sekitar perkarangan unit forensik hospital itu di mana ahli keluarga serta rakan kepada mendiang Moey tidak dapat menahan sebak.
Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan itu adalah mayat Moey berdasarkan penemuan dompet mangsa yang masih berada di dalam poket seluarnya.
Keadaan mayat secara luarannya masih sempurna dan pihak polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro
BERITA BERKAITAN:
- (Video) SUV tercampak dalam laut selepas dilanggar Vios yang dipandu laju
- Bapa buat laporan polis anak tak pulang semalaman, pemandu SUV putih dikenal pasti
- Vios dan SUV dipandu dengan kelajuan maksimum
- Pemandu Vios positif ganja
- Kereta SUV ditemui, mayat mangsa masih memakai 'seat belt'
from The Reporter http://bit.ly/2S1SlEp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DrIlvW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment