loading...

Sunday, 20 January 2019

'Ala. Acah-acah depression je ustazah ni' - Jangan sesekali ukur kehidupan orang lain guna pembaris kita


Kes seorang ustazah yang dilaporkan hilang tempoh hari mengejutkan banyak pihak. Pelbagai spekulasi yang dibuat sehingga menyinggungkan perasaan keluarganya. Ada yang memberikan sokongan moral dan tak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata negatif. 

Di sebalik kejadian tersebut, kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan tidak berhak untuk memberikan konklusi terhadap isu ini.

Rentetan daripada isu ini, seorang wanita juga berkongsikan kisahnya yang turut menjalani kehidupan PJJ dengan suaminya satu ketika dahulu. Baginya setiap manusia adalah berbeza ujiannya, tetapi tidak perlu untuk memperlekehkan ujian yang diterima oleh orang lain. Sebaiknya, beri sokongan dan semangat untuk meneruskan kehidupan agar segala tekanan dapat diuruskan dengan baik.

JANGAN SESEKALI UKUR KEHIDUPAN ORANG GUNA PEMBARIS KITA

Dulu masa saya Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) dengan suami, tak jauh pun Kuantan-Temerloh sekitar 2 jam perjalanan. Bila saya bercerita perihal sukarnya saya PJJ, urus dua anak sendiri. Ada rakan sekerja yang memandang remeh keluhan saya. Padanya tiada apa sangatlah setakat PJJ begitu. Ada orang lagi lama, lagi jauh. 

Perasaan saya masa itu terhenyak, rasa jatuh berkeping-keping. Oh gajah pada mata saya, hanya kuman pada mata orang yang memandang. 

Lalu saya belajar. Jangan mengatakan perkara yang sama kepada orang yang sedang dalam kasut ujian. Jangan diremehkan, sebaliknya bantulah menguatkan sebuah perasaan. Hulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita kuat menghadapi sesebuah situasi, belum tentu orang lain sama. Sebab, pembaris kita tak pernah sama dan tak akan pernah. 

Syukurnya Maghrib ini bila baca berita Ustazah yang hilang itu sudah ditemui selamat. Ustazah ini juga teruji dengan jarak jauh antara rumah dengan sekolah. Setiap hari bangun seawal pagi, membelah malam yang masih pekat dan memandu ratusan kilometer untuk ke sekolah.

Yang buat rasa sebal di dalam hati bila ada komen komen tak fikir sensitiviti lebih kurang begini.

"Alah, setakat ulang alik kerja macam itu, isteri kawan aku relaks je. Bahagia je. Anak pun ramai. "

"Ala. Acah-acah depression je ustazah ni."

" Ustazah tak kuat iman."

" Kalau dah tak boleh nak mengajar. Lepas je jawatan tu bagi orang lain. "

Allahu. Kita akhir zaman ini beginilah. Laju sangat menaip sampai lupa nak tapis kata kata ikut batasan adab, akhlak dan perikemanusiaan. Seolah-olah kalis benar dari ujian. Semua nak ulas ikut pembaris sendiri. Walhal kita tak tahu pun cerita sebenar.

Kita sedar atau pun tidak. Simpati atau empati ke tidak. Kenyataannya wanita hari ini ramai yang terpaksa jadi kuat. Lebih daripada kemampuan dirinya. Urus rumahtangga, bekerja, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri. Sakit, tahan. Sedih, pendam. Penat, biarkan dan sudah lama tak mampu ukir senyuman.

Sedar tak sedar ramai wanita kemurungan dan ada penyakit mental. Antara punca kerana gaya hidup yang menekan hari ini. Tambah lagi tiada sistem sokongan sekeliling terutama suami. Banyak kes pengabaian rumahtangga. Kes kelar anak. Nak terjun jambatan. Lemas kat laut. 

Antara secebis kisah berkaitan isteri, ibu, wanita yang kita pernah dengar. Kita tak tahu berapa ramai lagi jiwa jiwa ini yang sedang berduka. Belum sembuh. 

Keadaan jadi lagi buruk bila ada jenis lelaki yang nak samakan kudrat wanita dengan dirinya lelaki bab bekerja etc. Walhal jika diri mereka diminta mengurus rumahtangga sebagaimana wanita. Belum tentu bagaimana. 

Kita mungkin lupa satu perkara. Wanita dan lelaki ini Allah jadikan berbeza design dan softwarenya. Fizikal pun tak sama. Apatah lagi emosi, kemampuan diri. Kalau pun tak boleh empati. Simpati sahaja sudah cukup. Berkatalah yang baik atau pun diam sahaja. Ikut pesan Rasulullah.



from The Reporter http://bit.ly/2sDgHpF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2FF6rWC
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...