Menurut Dhani (@emolagi), Sajat boleh saja menafikan dia adalah lelaki selain mendakwa usahawan kosmetik itu boleh membeli hakim, mahkamah. Namun terdapat bukti berbentuk video di mana Sajat katanya mengaku mengambil hormon perempuan sejak Tingkatan Dua.
"Sebelum dia kaya dia, dalam video itu dia mengaku dia start ambil hormon perempuan since form 2. Dalam video itu adik perempuan dia pun mengaku Sajat itu abang dia.
haha. tak sabar aku nak tengok jakim menggelupur dengan kes sajat ni. itu hari ambik masa sebelum nak check status jantina sajat. tak tau apa keputusan jakim soal jantina itu hari. yang pasti, jakim main tarik tali lah. itu jelas. pic.twitter.com/2PHHozRPcb— The Dhani (@emolagi) January 2, 2019
"JAKIM akan jadi bodoh kalau dia cakap Sajat perempuan. JAKIM akan jadi sampah kalau benarkan perkahwinan sejenis dan paling penting JAKIM akan jadikan kes ini sebagai benchmark yang membenarkan perkahwinan sejenis di Malaysia," tegasnya.
Ekoran tweet itu, ada beberapa netizen mula mempertikaikan peranan JAKIM, selain dianggap seperti lemah dalam menangani isu LGBT.
HAHAHA STATUS JANTINA TK REVEAL SBB SAJAT DAH BAYAR— raarr (@ediararukmana) January 3, 2019
Jakim = tahi?— FΔRRELL (@fakhrychamakh) January 3, 2019
Tweet itu kemudian mendapat perhatian dari Da'i Wan Dazrin yang meminta individu berkenaan bersabar.
"Dhani, saya antara ahli syura bersama JAKIM, Persatuan Ulama Malaysia dan Pegawai-Pegawai Syariah yang membincangkan hal ehwal LGBT.
"Saya mintak kamu sabar dengan JAKIM. Di dalam JAKIM, ramai yang membanting tulang untuk hal ini. Untuk isu Sajat, JAKIM sebenarnya telah dihalang oleh kuasa duit dan Civil Law.
Dhani.— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) January 3, 2019
Sy antara ahli syura bersama Jakim, persatuan ulama Malaysia, & pegawai2 Syariah yg membincangkan hal ehwal LGBT.
Sy minta kamu sabar dgn Jakim. Di dlm Jakim, ramai yg membanting tulang utk hal ini. Utk isu Sajat, Jakim sbnrnya tlh dihalang oleh kuasa duit & Civil Law. https://t.co/LtTjncGRTp
"Dihalang kuasa duit itu bukan JAKIM terima rasuah. Sila berfikir jauh ke depan sedikit ya. JAKIM institusi keagamaan. Agamawan tidak buat kerja untuk sesuap duit. Rezeki Allah yang bagi. Dihalang itu maksudnya ada orang yang berduit, gunakan civil law dan nak saman JAKIM," jelasnya.
Penjelasan itu menimbulkan persoalan netizen, adakah JAKIM takut disaman, lantas membenarkan saja pasangan songsang itu berkahwin?
Kalau camtu..takut disaman..adakah akan dibenarkan kawen?— ~aFqaR DadDy~ (@AreWhereDaGreat) January 3, 2019
Da'i Wan berkata, JAKIM tidak takut disaman, sebaliknya tiada duit untuk balas saman.
"Jakim tidak takut disaman. Betulkan. Jakim tiada duit untuk balas saman. Kalau ada, memang habislah orang-orang yang menyaman itu.
"Pasal perkahwinan Sajat, percayalah kata-kata saya, ia sama sekali tidak mudah," katanya.
Terdahulu, media hiburan melaporkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad, mengajak pasangannya untuk 'berkahwin' secara terbuka di ruangan komen Instagram Coach Yin.
Perkara itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata mengecam dua lelaki berkenaan yang didakwa akan membawa bala kepada Malaysia.
from The Reporter http://bit.ly/2VlYHxn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2R4ABJ5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment