Sekadar perkongsian dari Hafiq Hasan Basri, semoga memberi manfaat dan tauladan kepada kita semua agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada di dalam kesusahan dengan seikhlas hati, selain sebagai tanda masih ada manusia yang prihatin kepada mereka yang memerlukan.
MASA nak beli bunga tadi, ternampak seorang lelaki berbangsa Myanmar ini terduduk dan kelihatan tidak bermaya langsung. Seorang lagi lelaki cina sedang bertanya sama ada dia okey atau tidak.
Tak tergamak pula aku nak biarkan dia begitu. Bila tanya lelaki cina itu katanya, lelaki Myanmar itu pengsan tadi. Tanya punya tanya, rupanya dia lapar. Bila ditanya nak makan ke tak, dia angguk kepala.
Aku nampak kedai paling dekat, KK Mart. Aku berlari kejap membeli roti dan air sebab itu yang paling cepat. Balik semula ke tempat kejadian, terus bagi barang pada kakak dan abang-abang itu. Diorang tolong suapkan manakala seorang lagi urutkan kaki.
Selepas dah makan dan minum air gula, terbuka mata dia. Nampak bertenaga sedikit.
Ya Allah, can you imagine? Nak makan pun tak ada duit. Pengsan sebab tak makan.
Kita selalu rasa hidup kita ini susah. Tapi tahu tak kita bahawa ada orang yang kebulur macam tu. Ada orang kais pagi, makan pagi. Ada orang tak makan langsung berhari-hari!
Guys, if you think that your life is difficult, think again. Seriously.
Kagum dengan abang dua orang dengan kakak seorang itu prihatin tentang mamat itu. Aku rasa ada antara diorang yang gelandangan. Tetapi sekurang-kurangnya diorang ini prihatin.
Moralnya, kita kena belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Jadi manusiay ang prihatin, yang suka membantu orang dalam kesusahan. Tak dapat tolong banyak, tolong sikit pun tak apa.
Jangan risau tentang ganjaran dan pahala. Itu semua urusan Tuhan. Yang penting, mudahkan urusan orang, bantu orang yang berada dalam keadaan kesusahan. Mudah-mudahan dipermudahkan juga urusan kita nanti.
Sumber: Hafiq Hasan Basri
from The Reporter http://bit.ly/2FQQ1u9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2B5eesV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment