loading...

Thursday, 3 January 2019

Bayi maut dianiaya lelaki sakit mental


Seorang pemuda yang dipercayai menghidap penyakit mental didakwa menganiaya seorang bayi perempuan berusia dua tahun sehingga mati. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, Pasar Rebo, Jakarta Timur, mangsa sebelum itu sedang bermain bersama ibunya di ruang tamu kediaman mereka. 

Difahamkan, mangsa ditinggalkan di ruang tamu seketika, sementara ibunya pergi ke bilik air. Namun sekembalinya ke ruang tamu, si ibu mendapati anaknya sudah hilang. 

Setelah dicari, wanita itu menemui anaknya dalam keadaan cedera parah akibat dianiaya dan dilempar ke luar kawasan rumah yang mempunyai pagar setinggi 1.5 meter. 

Menurut seorang saksi, Didi, mangsa dilempar oleh suspek bernama Darmawan. Namun dia tidak sempat mengejar suspek, lalu terus cuba menyelamatkan mangsa. 

"Saya tengah minum, tiba-tiba terdengar jeritan ibu mangsa yang meminta tolong. Saya berlari dan ternampak suspek melempar bayi ke bawah. Sebelum dilempar, mangsa dianiaya dan diseret di jalan raya," katanya. 

Suspek juga mengugut orang ramai yang menyaksi kejadian itu dengan menggunakan parang sebelum berjaya ditenangkan oleh keluarganya. 

"Suspek pulang mengambil golok dan keluar semula menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Ketika itu hanya keluarganya sahaja yang cuba menenang dirinya," kata Didi. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kening, bahagian belakang kepala, tangan kanan dan leher kiri.

Mangsa dihantar ke Hospital Kramatjati untuk diberikan rawatan dan berada dalam keadaan koma sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian. 

Sementara itu, suspek yang mengalami penyakit mental itu dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Duren Sawit.

Sumber: Tribun News


from The Reporter http://bit.ly/2R7ln5Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2F7ZRGP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...