Berang disuruh hantar anak ke sekolah, suami tergamak menampar, menendang dan menumbuk kepala isterinya dalam kejadian 8 Februari 2018.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi di rumah pasangan itu di Gong Badak, Kuala Nerus, suspek berusia 38 tahun juga mengugut akan membunuh isterinya dengan pisau.
Menurut sumber, sebelum kejadian itu mangsa meminta suaminya menghantar anak mereka ke sekolah. Suspek tiba-tiba berang dan pasangan itu bertengkar.
Suspek yang hilang kawalan terus menampar muka, menumbuk kepala dan menendang bahagian belakang badan mangsa selain mengugut bunuh mangsa dengan pisau yang diambil dari dapur.
Mangsa yang ketakutan terus berlari keluar dari rumah dan dikejar oleh suspek. Mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan diri.
Mangsa yang cedera membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.
Setelah hampir setahun bersembunyi, polis akhirnya berjaya menahan suspek semalam di sebuah rumah di Kampung Banggol Tok Jiring, jam 11.45 pagi.
Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter http://bit.ly/2RYwyh3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CD54E0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment