Gagal mengutip hutang, sekumpulan ceti haram bertindak membakar bahagian depan rumah satu keluarga di Johor. Rupa-rupanya, individu yang membuat pinjaman dengan ceti haram itu adalah remaja lelaki berusia 19 tahun.
Menurut Oriental Daily, ibu mangsa berusia 45 tahun yang enggan dikenali berkata, rumah mereka dikunjungi beberapa kumpulan ceti haram kerana anaknya gagal membayar hutang tersebut.
Remaja itu kemudian melarikan diri ke Singapura untuk mengelak membayar ceti haram terbabit dan kini dipercayai bekerja di sebuah kilang di negara itu. Walaupun dia kini selamat, tetapi keselamatan keluarganya kini terancam.
"15 Januari saya terima panggilan telefon dari seorang individu dari Singapura yang berkata anak saya berhutang dengannya beberapa ribu dollar dan dia mahu kami melangsaikan hutangnya dalam masa itu juga.
"Tidak lama selepas itu, suami saya pula menerima panggilan dari individu yang sama dan mengancam mahu datang ke rumah kami sekiranya kami gagal berbuat demikian," kata ibu mangsa.
Si bapa yang bekerja sebagai penyelia gudang di Singapura kemudian terus membuat laporan polis. Namun sehari selepas itu, rumah keluarga itu yang terletak di Bukit Indah tiba-tiba terbakar pada jam 2.15 petang.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tiga lelaki yang memakai topi menyimbah minyak di depan pintu pagar sebelum menyalakan api.
"Ketika kejadian itu berlaku, hanya saya, suami, anak lelaki berusia 12 tahun dan dua cucu lelaki berada di rumah. Jika kebakaran itu tidak merosakkan kereta Proton Persona suami yang menyebabkan penggeranya berbunyi, kami takkan tahu apa yang berlaku," katanya.
Dalam kejadian itu juga, mereka menerima notis amaran.
"Pakcik, aku dah cakap jangan main-main dengan aku. Spray cat merah tak ada makna, jom kita main benda yang lebih besar. Kalau kau tak nak langsai hutang, aku akan datang balik.
"Kali ini, aku bakar pagar rumah kau. Lain kali, aku akan bakar keseluruhan rumah kau dan kejiranan kau. Simple saja, call aku sekarang," kata notis tersebut.
Ekoran kejadian itu, keluarga itu membuat laporan polis dan meminta ceti haram itu tidak menganggu mereka sekeluarga kerana bukan mereka yang meminjam duit itu.
umber: Oriental Daily, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2Hig9Qp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2SXveYN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment