Sebuah kilang di timur China menternak satu bilion lipas untuk membantu memproses bertan sisa makanan setiap hari.
Kilang yang terletak di Jinan, Shandong itu menerima 55 tan sisa dapur sehari.
Sisa makanan yang beratnya sekitar tujuh gajah dewasa itu tiba di kilang tersebut yang dikendalikan oleh Shandong Qiaobin Agricultural Technology Co. pada waktu Subuh.
Ia kemudian diproses sebagai campuran lembab sebelum dihantar ke serangga berkenaan melalui saluran paip.
Selepas serangga itu mati, bangkai-bangkainya akan dipanggang untuk dijadikan sebagai makanan bagi haiwan ternakan.
Beliau berkata, idea itu datang selepas dia menonton klip kartun yang ditonton bersama anak perempuannya di mana lipas bertahan selama 90 hari tanpa makanan dan 40 hari tanpa air.
"Kebanyakan sisa dapur di bandar ini ditanam di tapak perlupusan sampah. Saya fikir saya dapat menggunakan lipas untuk memproses semula sisa-sisa makanan itu," katanya.
Li memulakan perniagaannya itu sejak tahun 2011 dengan menternak lipas Amerika yang merupakan spesis terbesar dan mempunyai jangka hayat yang lama.
"Pelbagai langkah keselamatan telah diambil. Terdapat 'langsir air' di setiap pintu masuk dan kami juga ada menternak ikan untuk memakan lipas itu jika ia terlepas," katanya.
Sumber: Next Shark
from The Reporter http://bit.ly/2HjyJaS
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2suEBno
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment