loading...

Wednesday, 30 January 2019

'Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM Instagram' - Respon Da'i Wan berhubung isu Aiman Banna


Soal @aimaanbanna, perkara pertama yang saya buat,
  • Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM di Instagram.
  • Telah saya berikan teguran yang jelas tentang penjagaan dalam bab posting apa-apa di media sosial.
  • Belajar bezakan perkara yang “Perlu” atau “Kehendak” dalam menyampaikan sesuatu.

Pendakwah perlu tahu matlamat postingnya dalam setiap hal kerana dalam diri seorang pendakwah, dia perlu tinggalkan apa-apa perkara yang sia-sia atau tidak bermanfaat. Dari diri dia, ada tanda-tanda kebaikan Islam yang perlu dijaga. 

Saya juga turut pernah tegur secara terbuka dulu, sewaktu dia berani istinbatkan hukum agama dengan bawa satu hadith, bawa satu ayat Quran dan simpulkan pada satu-satu isu yang معاصرة.. Ia bukan displin ilmu seorang pelajar Fiqh. Dari situ kita sudah boleh tahu, dia bukan ahlinya. 

Saya juga perlu 'adil, saya tidak akan sama dengan yang lain, kita perlu hargai sekecil-kecil kebaikan yang dibuat orang. 

Saya hargai usaha dakwah @aimanbanna, namun tidak dapat kita nafikan, kewujudan Aiman kini banyak mendatangkan fitnah. 

Nama Aiman Banna hari ini bukan baru muncul dalam Timeline Twitter kita atau di ruangan blogger-blogger yang lain. Dia sudah lama berada dalam ruangan media sosial ini dan bermacam-macam isu pernah dia ciptakan atau menjadi rantaian fitnah sesama kita. 

Maka dengan ini, seperti yang telah saya nasihatkan dia, untuk dia tampil ke depan, mengakui apa yang perlu, jadi pendakwah yang sekecil-kecil perkara dapat menjaga kredibiliti, tidak bertujuan untuk mencari perhatian dunia, bezakan 'Keperluan' atau 'Kehendak' dalam nak post something. 

Pendakwah yang tulus dan lurus dengan kebenaran, kita boleh rasa wordings yang dia sampaikan. Kerana pendakwah yang tulus dan lurus pada agama, dia akan sampaikan sesuatu benda kerana ia 'Perlu', bukan kerana 'Kehendak' diri dia. 

Pendakwah yang berbuat sesuatu bersebabkan dari 'Kehendak'. Mereka share, mereka kongsi sesuatu perkara atau mereka menjawab apa-apa soalan, dari itu mereka sedang mematai sesuatu dari mata manusia. 

Hal ini adalah ujian asal kepada seorang pendakwah, sekecil-kecil aib yang dijaga rapi dalam diri seorang pendakwah, maka seluas-luas setinggi-tinggi kehormatan diri seorang pendakwah Allah akan angkat di depan tabir manusia. 

KONKLUSINYA

Kepada netizen, berhenti rujuk Aiman Banna dalam bab Hukum Hakam agama. Apa yang saya simpulkan ini adalah: 

(Ghibah yang dibenarkan dalam Islam. - Syarah Sahih Muslim: Imam An Nawawi rah)

Selain daripada ilmu hukum hakam agama, sebarang motivasi diri dan hati, yang disampaikan saudara Aiman Banna, kita sambut dan kita terima dengan baik. 

Kita tetap kena jaga tali silaturrahim sesama sebab dia juga hamba Allah swt, yang layak memiliki syurga yang sama seperti kita. 

Sekian salam iPhone dari saya. iPhone juga ingin ke syurga. Jumpa Samsung di sana. Assalamu'alaikum. 



from The Reporter http://bit.ly/2Bm1BKf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2sXq6IY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...