Seorang lelaki dan wanita maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari Isnin, 28 Januari 2019.
Dalam kejadian jam 1.13 tengah hari itu, mangsa yang maut ditemui di atas katil sebuah bilik, manakala mangsa yang cedera iaitu seorang lelaki ditemui dalam bilik air.
Difahamkan, kedua-dua pasangan itu baru saja berkahwin dan bakal bersanding pada awal bulan depan. Ada pengguna Facebook yang tampil mengaku sebagai rakan sepejabat kedua-dua mangsa berkata, pasangan itu sudah bernikah tetapi belum ada kesempatan untuk melangsungkan majlis bersanding.
Mangsa, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan isterinya, Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, penduduk yang cuba menyelamatkan mangsa gagal kerana jeriji pintu utama berkunci, sebelum pihak bomba tiba dan memecahkan jeriji yang berkunci dari dalam.
"Anggota bomba yang masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah berkenaan. Manakala wanita berkenaan pula ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar," katanya.
Ketua Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairuddin Jamaludin berkata, Norwahidah maut di tempat kejadian dengan kesan melecur di bahagian muka.
Wan Mohd Baharul Nizam ditemui dalam bilik air pula diberi rawatan oleh anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.
"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas dan tiada respon diberikan. Kedua-dua mereka disahkan meninggal oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa minit kemudian.
"Kebakaran tidak melibatkan keseluruhan rumah, hanya terjadi di kawasan bilik utama serta terjejas teruk pada tilam. Punca kebakaran masih dalam siasatan sama ada ia angkara khianat atau sebaliknya," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzli Ahmat berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh berikutan laporan awal bedah siasat pada mangsa wanita mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala.
"Berdasarkan keterangan ini dan beberapa keterangan yang diperoleh di tempat kejadian, kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Bedah siasat ke atas mayat dua mangsa telah selesai pagi semalam dan pihak polis masih menunggu laporannya untuk menentukan punca kematian kedua-dua mangsa.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2WtACFl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DJtQUN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment