loading...

Wednesday, 23 January 2019

Anak nyaris maut akibat dijangkiti virus selepas bibirnya dicium saudaranya yang demam


Golongan ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata seringkali dinasihatkan agar tidak mendedahkan bayi mereka kepada orang ramai kerana tahap keimunan badannya masih rendah dan berisiko dijangkiti penyakit berjangkit. 

Baru-baru ini, seorang ibu trauma selepas bayi perempuannya nyaris maut akibat demam selepas dicium oleh ahli keluarganya di bahagian bibir. 

Kaylah Merritt yang baru berusia setahun, ditahan di hospital selama empat bulan kerana mengalami demam selepas dicium oleh ahli keluarganya. 


Ibu bapanya, Brogan Thomas dan Connor Merritt, yang kedua-duanya berumur 22 tahun, membawa mangsa ke Hospital Memorial Darlington, untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Diagnosis mendapati, Kaylah menghidap Eczema Heperticum, jangkitan viral yang disebabkan oleh virus herpes dan memerlukan dua ubat antibiotik dan beberapa krim sapu untuk melegakan kulitnya. 

Ibu bapanya menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membenarkan orang dewasa mencium mulut bayi mereka di mana menurut doktor, sebarang jangkitan yang dihidapi oleh bayi adalah berisiko dan menyebabkan kematian. 

"Kaylah menangis tak henti-henti. Kami berada di rumah ketika itu dan apabila saya baru saja nak mandikan dia, ternampak kesan-kesan merah di kakinya. 

"Saya terkejut, ingatkan meningitis sebab dia pernah mengalaminya sebelum ini. 

"Tunang saya dah risau, tetapi dia cuba menenangkan saya dan Kaylah sebelum kami membawanya ke hospital. 


"Doktor mengesyaki, mungkin Kaylah telah dicium di bibir oleh seseorang yang pada ketika itu demam dan disebabkan sistem keimunan bayi masih belum kuat, jangkitan itu menyebabkan timbul kesan ruam. 

"Apabila doktor memaklumkan kepada saya betapa bahayanya penyakit itu, saya menangis. Suami juga terkejut dan bagaikan tidak percaya Kaylah jadi begitu disebabkan ciuman dari ahli keluarga. 

"Jika kami tidak membawanya ke hospital secepat mungkin, ia boleh menjadi semakin berbahaya dan Kaylah berisiko kehilangan nyawa. 

"Kini saya lega, Kaylah sudah sembuh," katanya. 

Sumber: Mirror


from The Reporter http://bit.ly/2RG9kNf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2sJJiK9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...