loading...

Monday, 8 October 2018

'Tidur dengan siapa? Kenapa tak pakai baju? Kenapa pakai kain pelikat?'


Di media sosial, isu kes khalwat agak trending di kalangan netizen berikutan laporan media mengenai tiada lagi serbuan di hotel untuk menangkap pasangan berkhalwat.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan kenyataan itu keluar dari mulutnya, sebaliknya disalah tafsir oleh pihak media berbahasa inggeris itu. 

Mujahid juga menegaskan, pihaknya hanya mahu menambah baik Prosedur Kerja (SOP) agensi berkaitan. 

Seorang warga Twitter juga turut menyatakan pandangan yang sama kerana sebelum ini dia pernah menjadi 'mangsa' serbuan agensi berkenaan. 



AKU pernah kena raid di hotel murah di Butterworth. Masa itu aku seorang, baru sampai situ tengah malam. Mengantuk gila dan itu tempat yang aku ternampak untuk tidur. 

Selepas masuk, aku tukar pakaian, pakai kain pelikat dan tidur tak pakai baju. Dalam 30 minit selepas itu, pintu bilik aku kena ketuk kuat gila-gila. Sampai tak sempat aku nak pakai baju. Diorang menjerit-jerit suruh keluar.

Selepas saja aku buka pintu, diorang tolak aku ke tepi then 3-4 orang masuk bilik aku cari perempuan. 

Then diorang tanya tidur dengan siapa, aku cakap seorang. Then depa tanya kenapa tak pakai baju, kenapa pakai kain pelikat? Aku macam, WTF??? Kenapa nak persoalkan aku pakai apa? Aku tak dibenarkan masuk semula ke dalam bilik aku. 

3-4 orang yang cari perempuan dalam bilik aku tu tak jumpa apa-apa, siap nada dia macam mengeluh. WTF s***. Kau jumpa orang khalwat itu KPI kau ke? Lepas give up, depa benarkan aku masuk bilik. 

Tak sampai 10 minit, bilik aku diketuk semula oleh orang lain pula, berjanggut pakai songkok dan baju Melayu, nampak seperti ketua depa. Tak pasal-pasal kena soal siasat kenapa aku tidur di situ. Dah kenapa? 

Malam itu aku tak dapat tidur langsung. Esoknya aku pergi conference dengan mata lebam. Oklah walau tak ada kaitan dengan khalwat, saja nak cerita pasal depa ni suka menyibuk hal orang. Yang married couple pun kena tangkap, lagi kasihan. 



Depa just serbu cari orang buat maksiat. Ramai married couple pun pernah kena serbu sampai isteri tak sempat nak pakai proper, terus terjah masuk bilik. Sebab itu perlu ubah SOP, serbuan sepatutnya hanya untuk aduan. 


from The Reporter https://ift.tt/2zXFOIb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IJZ9zx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...