loading...

Monday, 8 October 2018

'Kalau tak bayar RM5,000 petang ni, kami keluarkan waran tangkap' - Scammer menyamar jadi polis


Penipuan di talian atau scammer call semakin menjadi-jadi. Sama ada taktik lama atau baru, kedua-duanya tetap digunakan bagi memperdayakan mangsa mereka hanya kerana mahu mendapatkan wang dengan cara yang mudah. 

Dalam kes terbaru, seorang lelaki berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsa scammer yang menyamar menjadi pegawai polis. 

SAKIT jantung wey tengok dan dengar suami dok kena soal siasat dengan Polis Bukit Aman. Air mata ini tak tahu nak kata macam mana la. 

Ceritanya begini. Lebih kurang jam 1.50 petang, ketika sedang makan nasi, suami menerima panggilan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 018-11884310 mengatakan suami ada membuat transaksi keluar dan masuk RM1.2 juta di akaun bank Hong Leong, disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah. 

Tu dia, tokan besar cara ni sebab dalam akaun la ni ada 2.3 juta. Duit itu keluar masuk di Kota Kinabalu, Sabah. Tarikh akaun dibuka pada 7 Mei 2018. 

Selepas itu mereka kata nak tolong sambungkan ke Bukit Aman untuk buat report. Kemudian operator pun sambungkan dengan pegawai mereka, Puan Nor Haslini dan nombor badan anggota itu juga diberi. 

Suami saya macam tergerak hati nak salin semua yang diberitahu kepada dia dan hanya ambil point yang penting sahaja. Tulis itu walaupun nampak macam cakar ayam, tetapi itu boleh dijadikan sebagai rujukan. 


Masa bercakap itu, pegawai itu kata tidak boleh ada orang di sekeliling. Mereka soal siasat suami seperti polis menyiasat penjenayah. Saya, mak dan anak-anak semua lari duduk di dalam bilik sebab takut mereka kesan ada orang yang berdekatan dengan suami. 

Menurut pegawai itu, waran tangkap telah dikeluarkan. Kalau tak masukkan RM5,000 pada jam 5 petang ini untuk tarik balik waran tangkap, mereka akan terus pergi kutip di rumah untuk disoal siasat dan direman selama 45 hari. Syaratnya, jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini dan kena didapati berbuat demikian, semua aset akan dibekukan. 

Okey, selepas habis perbualan mereka di phone, bersambung pula di WhatsApp dengan Puan Haslini dari Bukit Aman itu yang meminta bayaran RM5,000 itu dibank juga pada petang ini. 

Suami nak pergi bayar di IPD, tetapi dia tak benarkan. Dia suruh transfer saja ke akaun mereka. Masa itu saya dah rasa pelik dan cakap pada suami yang mungkin dia ditipu. Suami pula dah blur pada waktu itu. Cakap pun dia macam dengar tak dengar dah, punyalah ketaq. 

Dia WhatsApp nombor itu dan kata nak pergi buat laporan di balai tetapi Puan Haslini tak benarkan. Katanya kalau pergi report, dia kata bawa baju dua pasang siap sebab mesti kena masuk lokap terus. 

Suami kata okey, tiada masalah untuk dia pergi serah diri sebab dia tidak memiliki duit sebanyak itu yang didakwa miliknya. Selepas itu, cuba WhatsApp nombor itu semula, tetapi sudah disekat. 


Ini nombor WhatsApp dia, 01125092102. Nombor yang call, 01811884310. Simpan dua nombor ini, bimbang ada orang lain pula yang terkena. 

Bila semak log panggilan telefon, rupanya nombor yang seakan sama dengan nombor itu pernah cuba menghubungi saya, lima minit sebelum mereka menghubungi suami saya. 



from The Reporter https://ift.tt/2E9RV9e
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Egphnc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...