loading...

Tuesday 9 October 2018

45 laporan, polis kesan pemilik Syarikat Mahligai Impian Catering Sdn Bhd


Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Abu Khamid Mohd Al Ghazali Palut, 29 yang dipercayai pemilik Syarikat Mahligai Impian Catering Sdn Bhd, beralamat di No 01-15 Akasia Suria, Jalan Residensi, Bandar Puncak Alam, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung 45 laporan polis yang dibuat terhadap syarikat itu.


Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata laporan polis itu diterima dalam tempoh empat hari sejak Jumaat membabitkan kerugian berjumlah  RM263,094.

Katanya sebanyak empat kertas siasatan dibuka menurut  Seksyen 420 Kanun Keseksaan melibatkan daerah Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Kulai dan Kota Tinggi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi DSP Azlan di talian 07-2254656 bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2E7j3FT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QxKV7s
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...