loading...

Friday, 10 November 2017

'Semua itu fitnah, saya tidak pukul atau tolak anak saya'


KUANTAN, PAHANG - "Semua itu fitnah dan cerita palsu yang sengaja direka bekas biras dengan niat mahu menjatuhkan maruah saya sebagai ibu kandung," demikian kata wanita yang videonya viral di media sosial baru-baru ini, lapor Harian Metro.

Umi, 38, yang dikecam hebat oleh netizen di media sosial berkata dia, dia tidak memukul atau menolak anaknya, sebaliknya kanak-kanak lelaki itu terjatuh sendiri di atas jalan dalam kejadian Isnin lalu. 

"Saya tidak pukul atau tolak anak saya, sebaliknya dia terjatuh sendiri atas jalan." 

Menurut Umi, kejadian itu bukan berlaku di depan rumah seperti yang didakwa, tetapi berlaku di depan rumah rakannya di Taman Sri Teruntum, Kuantan, pada jam 1.30 petang. 

Menceritakan apa yang berlaku sebenarnya, Umi berkata anaknya keluar bermain bersama dengan anak rakannya. Namun tidak pulang sebelum dia berpusing sebanyak tiga kali mencari anaknya di sekitar taman berkenaan dan kanak-kanak itu gagal ditemui. 

Katanya, dia mula menjadi marah dan terkejut selepas melihat anaknya pulang bersendirian sambil memeluk seekor anak anjing yang ditemui. 

"Saya hanya marah dia kerana memeluk anak anjing sedangkan haiwan itu haram untuk disentuh. 

"Gambar yang menunjukkan dia terjatuh itu bukan ditolak saya tetapi terjatuh sendiri sebelum anak masuk ke dalam kenderaan," katanya. 

Umi juga membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan badan dan pihak hospital mengesahkan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun luka. Tetapi kanak-kanak itu hanya mengalami lebam di tangan kanan kerana terkena pintu belakang kereta ketika Umi menyuruh anaknya masuk ke dalam kenderaan. 

"Saya tahu perbuatan siapa yang sengaja viralkan kejadian itu di laman sosial dan dia adalah bekas biras saya dan saya sudah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang kernaa dia sudah menjatuhkan maruah saya," katanya. 


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 

"Ibu mangsa tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari yang sama untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu," katanya. 

Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu tidak berunsurkan kes penderaan sebaliknya hanya salah faham dalam keluarga dan doktor juga turut mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2AqoqcM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iKHrzk
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...