"Mama, pulanglah ke rumah. Kami amat merindui mama," demikian rayuan Muhammad Farish Hakimi Muhammad Farehan, 7, dan Muhammad Ferhad Ramadhan, 4, pada ibu mereka yang dilaporkan menghilangkan diri semenjak 14 November lalu, lapor Harian Metro.
Ibu dua kanak-kanak itu, Nur Fatin Nadhirah Nordin, 22, tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tebuk Pulai, tanpa sebarang khabar berita sehingga ke hari ini.
Menurut ibunya, Norsimah Nonchek, 46, kali terakhir anak kedua daripada enam adik beradik itu dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 14 November dan sempat menghubungi ibunya melalui aplikasi WhatsApp.
"Dia mula menunjukkan perubahan ketara selepas kematian suaminya, Muhammad Farehan Sunik, 27, akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2015.
"Selepas arwah suaminya tiada, dia berubah sama sekali termasuk bergaul dengan budak nakal di sekitar kampung ini.
"Puas saya menasihati dia agar berubah dan menumpukan perhatian kepada keluarga, namun dia enggan dan terus menghilangkan diri sehingga kini," katanya.
Norsimah merayu Nur Fatin pulang segera kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan dua anak lelaki yang amat merinduinya.
"Dia ada menghubungi saya melalui WhatsApp hujung bulan lalu dan memberitahu ingin bersembunyi di suatu tempat buat sementara waktu. Tetapi dia tidak menjelaskan lokasi dan itu perbualan terakhir kami," katanya sebak.
Ekoran itu, Norsimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan menerima laporan kehilangan ibu muda itu dan siasatan sedang dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Fatin, boleh menghubungi Norsimah di talian 017-8774806.
from The Reporter http://ift.tt/2jyNkjE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2jzQu6m
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment