loading...

Saturday, 18 November 2017

'Saya terlanjur dengan kekasih dan hamil 5 bulan, ketika suami lumpuh separuh badan (strok)'

Susah senang, suami isteri sepatutnya bersama. Bukannya hanya bersama bila senang, bila susah ditinggalkan pula pasangan. Tergamak si isteri dalam kisah ini mengambil kesempatan untuk berzina dengan lelaki lain ketika suaminya lumpuh separuh badan akibat strok. 


Lebih teruk lagi, dia memberikan alasan sudah penat dan enggan terus hidup bersama suaminya yang lumpuh itu. Sehingga dia disahkan hamil lima bulan hasil dari zina dengan suami orang. Kini dia buntu, sama ada nak meminta suami menceraikannya. Namun dalam masa yang sama kekasihnya masih belum menceraikan isterinya. 

HI dan salam warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Suami saya diserang strok separuh badan. Sudah enam bulan saya menjaga dia dan saya sudah letih dengan semua ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan seperti pasangan lain. 

Saya ada mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat. Katanya dia dalam proses nak bercerai sebab isterinya pemalas dan tidak bertanggungjawab. Dia ajak saya berkahwin dan sebelum itu kami sudah beberapa kali berjumpa dan terlanjur bersama. 

Sekarang saya hamil lima minggu. Mesti orang lain curiga sebab saya tidak pernah bersama suami. Macam mana saya nak berterus terang dengan suami kalau saya nak bercerai? 

Dan dalam masa yang sama, boyfriend saya dari awal perkenalan dia kata nak ceraikan isteri dia tetapi sampai sekarang mereka masih bersama. Saya buntu. 

REAKSI NETIZEN

"Suami saya pun kena strok dan dalam proses pemulihan. Tak pernah terfikir sampai begitu kecuali mengharapkan suami pulih sepenuhnya. Memang penat menjaga orang yang lumpuh separuh badan tetapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan," kata Sek Geok. 

"Mak saya strok separuh badan juga sis. Tetapi abah setia menjaga mak dari tak teruk sampailah dah tak boleh buat apa-apa. Kencing berak mak, abah yang basuh dan abah yang mandikan. Makan mak, abah yang suapkan. Ikhtiar berubat sana sini naik motosikal. Ulang suara, naik motosikal. Abah sebelah tangan pulas minyak, sebelah lagi pegang mak sebab mak tak boleh menyeimbangkan badannya sendiri. 

"Sampai ke akhir hayat mak pun, abah setia di sini. Sedikit pun abah tak mengeluh. Tak pernah ada niat nak pergi walau selangkah. Sampai akhir hayat abah sendiri pun abah setia pada satu nama. Allahu, besar kasih sayang abah pada mak, Allah saja yang tahu. Hargailah suami sis selagi dia masih ada," kata Ainiey Sugiman. 

"Suami saya pun kena strok 2015. Saya jaga sampai dia boleh berjalan dan sekarang boleh drive. MAta dia buat selah kanan akibat saluran mata pecah dan tidak dapat dibaiki walaupun operation. 

"Tetapi sebagai isteri, saya tetap setia pada suami yang sekarang disahkan sebagai OKU penglihatan. Dia hanya mampu menggunakan mata kiri saja untuk melihat. Mata kanan boleh melihat walaupun sikit. 

"Puan, bersabarlah kerana besar pahala bersabar menjaga suami yang sedang sakit. Janganlah ikut sangat nafsu dan bisikan iblis dan syaitan kerana mereka memang selalu berusaha untuk menyesatkan kita dan menyeret kita ke neraka. 

"Puan bertaubatlah dan jauhkan diri dari lelaki lain. Jaga maruah puan. Semoga puan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Semoga suami puan cepat sembuh dan puan akan bahagia hingga ke jannah. Anak itu puan jagalah, jangan buat dosa itu," kata Ezzmal Maszwan Wanty.


from The Reporter http://ift.tt/2AZiI2m
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zNjulB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...