Sejak viralnya pelabur kecil berbangga dengan dirinya ada enam buah rumah, ramai netizen yang tampil memberi pandangan masing-masing bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenyataan wanita terbabit yang menyindir golongan muda hanya pandai merungut dan tidak boleh survive di ibu kota dengan gaji RM2,500.
Ini kerana setiap individu mempunyai gaya hidup dan tanggungjawab yang berbeza, bukan seperti yang didakwa oleh wanita berkenaan. Bukan tidak memanfaatkan tips yang diberi tetapi, adakalanya tips tersebut tidak sesuai dan memudaratkan mereka.
"People say, "Jangan memilih kerja". Okay, I accepted a job for the sake of experience. People say, "Jangan demand gaji". Okay, I accepted a job with RM2,500 salary. People say, "Kerja kuat, cari pengalaman". Okay, I did overtime work, do every task that boss gave me.
"People say, "Jangan malas, cari peluang, buat dua tiga pekerjaan". Okay, I did part time as a cashier (1 hour from my home), proofreading job (end up buat free je). People say, "Jangan beli kereta, cut cost". Okay, I use LRT, walk four kilometer per day to go to work and home. People say, "Makan jangan lebih RM20 per day". Okay, I spent maximum RM10-RM15 per day.
"People say, "Buatlah saving". Okay, I saved up max RM1,000 per month. And end up still being called "Young graduates manja", "Young graduates banyak merungut", "Young graduates tak pandai ambil peluang", yada.. yada.. yada.
"Living in central of metropolitan city like Kuala Lumpur isn't easy thing. With RM2,500, hidup sekadar hidup sajalah. Most of young gradutes have life goals and dreams to achieve too. But our dreams mostly crushed and destroyed because of 'banyak makan garam' and actually 'have an easy life' people like you," kata Ariena Imani.
Sementara itu, Zack Zakirin juga berpandangan golongan 30-an dan awal 40-an sekarang banyak menyindir dan mengata golongan muda.
"Yelah, zaman diorang keluar universiti, ekonomi okay dan peluang pekerjaan banyak. Budak sekarang keluar belajar, zaman ekonomi tenat. Kemudian dibanding bezakan.
"Kalau beli rumah enam buah sekalipun, kalau miskin jiwa, nampak msikin juga. Lain orang, lain matlamat hidup. Nak beli rumah, belilah. Tak perlu paksa dan menganjing pada orang yang tak berkemampua. Allah itu Maha Adil.
"Sebut tentang adil, different people have different 'time zone'.
Sumber: Zack Zakirin, Ariena Imani Asri
from The Reporter http://ift.tt/2BjuhRA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2Akx8dP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment