Viral di Twitter akan nasib seorang lelaki tua yang mendakwa dia dianiaya oleh anak lelakinya sendiri selepas berselisihan faham dalam hal anak beranak.
"Baru sebentar tadi pakcik ini meminta saya untuk membantunya mengeluarkan wang dari mesin ATM kerana dia tidak tahu macam mana mahu menggunakan mesin itu. Pakcik ini nak pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan naik bas pulang ke kampungnya di Terengganu.
"Menurut pakcik ini lagi, kebiasaannya anak lelaki dia yang akan membantu dia mengeluarkan wang di ATM. Tetapi apa yang berlaku, baki wang dalam akaun banknya hanya tinggal RM20 sahaja. Dia mula menangis.
"Saya terus bertanya apa masalahnya dan kenapa dia menangis. Pakcik kata, pagi tadi baki wang dalam akaun banknya ada RM1,800. Dia dan anaknya bergaduh kecil, lalu kad ATM miliknya diambil. Rupa-rupanya anak lelaki dia ambil semua wang ayahnya dan meninggalkan dia begitu sahaja.
"Generasi jenis apakah kita ini?" soal individu yang tidak dinamakan itu.
Bagaimanapun ada beberapa netizen menganggap lelaki tua itu mungkin mahu menipu individu berkenaan kerana sudah banyak kes penipuan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti TBS, KL Sentral, Kota Raya, Bukit Bintang dan banyak lagi.
Golongan kaki scammer ini akan menggunakan modus operandi menjaja cerita palsu kononnya diri mereka telah menjadi mangsa ragut, mangsa aniaya, mangsa scammer kepada scammer (padahal merekalah scammernya) dan sebagainya bagi meraih simpati masyarakat yang mudah terperdaya.
Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai lelaki tua berkenaan, jika benar dia telah dianiaya oleh anaknya sendiri, berdoalah agar pakcik ini dilindungiNya dan semoga anaknya sedar akan kesilapannya memperlakukan ayah sebegini serta diberikan hidayah.
from The Reporter http://ift.tt/2hVLadk
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2k1PLio
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment