loading...

Thursday, 23 November 2017

Nasib baik ada 'dashcam'


Sudah salah, tak mahu mengaku pula. Sebaliknya pemandu lelaki terbabit mendakwa mangsa yang melanggar keretanya dari belakang. 

Dalam kejadian yang berlaku satu persimpangan lampu isyarat di Singapura pada jam 7.30 malam Selasa lalu,  kereta Hyundai yang dipandu seorang lelaki dipercayai terlalu leka berbual dengan rakan-rakannya tidak menyedari keretanya mengundur ke belakang. 

Lelaki terbabit yang sebelum itu dilihat baru saja berhenti di persimpangan lampu isyarat itu melepaskan brek dan keretanya mengundur dan melanggar kereta di belakangnya. 

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta dan mula melihat keadaan belakang keretanya sebelum mendakwa mangsa yang terdahulu melanggar keretanya. 

Keadaan menjadi sedikit tegang apabila rakan lelaki terbabit keluar dan cuba mempertahankan bahawa lelaki itu tidak bersalah. Malah wanita itu turut merakam gambar kereta mangsa kononnya mahu dijadikan bukti kejadian. 

Malangnya, si lelaki dan wanita itu tidak mengetahui bahawa kejadian itu dirakam dengan begitu jelas dan terang oleh 'dashcam' kereta mangsa. 


Difahamkan, mangsa telah menjelaskan kepada dua individu berkenaan bahawa kejadian itu telah dirakam oleh 'dashcam' tetapi mereka berdua masih berdegil dan mahu menuntut gantirugi dari mangsa. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan memasang 'dashcam' di kereta masing-masing bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa 'scammer' seperti ini. 


from The Reporter http://ift.tt/2zlErjK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2A4fKMo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...