loading...

Thursday, 23 November 2017

Oh, dah bertunang 13 November hari tu..


Setelah seminggu membiarkan orang ramai berteka teki, akhirnya Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya mengaku telah selamat mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu. 

Dalam sidang media khas yang diadakan jam 6 petang tadi di Hotel Royale Chulan, Fattah berkata keluarganya telah menghantar rombongan merisik seterusnya mengikat tali pertunangan pada hari yang sama. 

Kedua-dua keluarga juga bersetuju untuk melansungkan majlis merisik sekaligus majlis pertunangan. 

"Alasan kami sepakat untuk berkongsi tarikh keramat itu selepas kami balik tunai umrah dan kami rasa nak fokus ibadah umrah," katanya. 

Fattah juga menjelaskan, apa yang berlaku pada 14 November lalu hanyalah majlis doa selamat sahaja dan menafikan kononnya mereka telah bernikah seperti mana yang dilaporkan beberapa portal media. 

"Kami menafikan cerita kami dah nikah sebelum ke Tanah Suci dan juga bernikah di sana. Kami akan menjalani proses pernikahan seperti orang lain, daftar dan juga kursus perkahwinan," katanya. 


Sementara itu, Fazura kesal apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar mereka dengan spekulasi yang tidak benar sehingga menganggu privasi mereka dan keluarga. 

"Majlis kami tertutup dan ia adalah permintaan keluarga. Apabila ada pihak yang menyebar dan membuat pelbagai spekulasi, ia sangat menyedihkan," katanya. 

Pasangan itu juga meminta orang ramai tidak menyebarkan cerita yang bukan-bukan selepas pengumuman pertunangan itu dibuat, sebaliknya mendoakan yang baik-baik pada mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2A074qz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hP7GER
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...