Seorang bapa berusia 31 tahun yang masih berdendam dengan bekas isteri yang baru diceraikan tiga bulan lalu, tergamak mendera anak perempuannya berusia lapan tahun, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa dicucuh dengan api rokok di kaki dan beberapa bahagian badan, dipukul dengan tangan di kepala menyebabkannya bengkak dan ditoreh dengan pisau di tangan kanan.
Mangsa yang masih dalam keadaan trauma itu cedera di kaki, badan dan kepala.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Nurul, 27, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu pada jam 11.50 pagi selepas menerima mesej melalui WhatsApp dari adik iparnya yang meminta dia datang segera mengambil mangsa.
Nurul berkata, dia menerima sekeping gambar yang dihantar bekas adik iparnya yang menunjukkan anak sulung dan anak keduanya berusia enam tahun menyorok ketakutan di belakang almari.
Bimbang dengan keselamatan anak-anaknya, Nurul segera membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian dan bersama dengan beberapa anggota polis dari Balai Binjai pergi ke rumah bekas suami untuk mengambil anaknya.
"Saya dapat mengambil anak dan mendapati dia cedera teruk di kaki, badan dan kepala akibat didera bekas suami," katanya.
Menurut Nurul, bekas suaminya bertindak demikian kerana berdendam akibat perceraian mereka tiga bulan lalu serta muka anak perempuannya itu seiras dengan wajahnya.
Difahamkan Nurul dan bekas suaminya itu bercerai buat kali ketiga. Namun bekas suami masih mahu merujuk kembali dan Nurul enggan berbuat demikian kerana tidak tahan dengan sikap panas baran lelaki itu yang juga pernah memukulnya beberapa kali.
"Bekas suami mengambil dua anak kerana belajar di sebuah sekolah berdekatan rumah lama di Bukit Marak. Namun sejak anak tinggal dengan bekas suami, dia dikurung dan tidak dibenarkan ke sekolah," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan kejadian itu dan suspek telah ditahan Ahad lalu. Ujian saringan air kencing yang dilakukan juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2mYqIOp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iL2a6H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment