loading...

Friday, 17 November 2017

Curi barang pasar raya berjumlah RM640.72, bakal graduan dipenjara sehari dan denda RM1,200


Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dijatuhi hukuman penjara selama sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencuri barangan termasuk mi segera di sebuah pasar raya, bulan lalu, lapor Kosmo!

Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Edayu Shamsudin, 23, yang mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Nur Edayu didakwa dengan niat curang mengambil enam paket Milo, dua unit Nestum, empat unit mi segera Samyang, enam unit Nescafe, empat kartun susun F&N, dua unit minyak masak Seri Murni dan dua unit minyak masak Cap Buruh. 

Kesemua barangan yang diambil berjumlah RM640.72 tanpa membuat pembayaran di pasar raya Aeon Bandaraya Melaka pada jam 10.50 pagi, 29 Oktober lalu. 

Nur Edayu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan mulai dari tarikh jatuh hukuman. 

Difahamkan, tertuduh baru menamatkan pengajian dalam bidang pelancongan dan penghotelan membayar denda tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2zLws3a
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2j1Hyqo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...