loading...

Sunday, 26 November 2017

'Wah! Tak puas lagi ke tadi?' - Suami kantoi curang, simpan telefon kedua dalam kereta


Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, namun suami mula 'makan luar' kerana dia menganggap isterinya sudah tidak sehebat dulu. Perbuatannya terbongkar apabila isteri menemui sebuah telefon bimbit di dalam kereta suaminya. 

Pelbagai alasan yang diberikan, namun isteri lebih bijak dan akhirnya kecurangan lelaki itu terbongkar dan dia akhirnya melarikan diri. Kasihan si isteri yang ditinggalkan bersendirian menjaga anak kecilnya berusia lima bulan. 

TIGA tahun berkahwin tiada masalah. Tiba-tiba semalam ketika saya mencari barang di bonet kereta suami, terjumpa sebuah iPhone. Saya buka dan dan terpapar gambar seorang gadis. Saya bawa ke dalam rumah dan tanya pada suami, siapa pemilik telefon itu. 

Suami kata dia terjumpa telefon itu di bawah kereta semasa dia pergi ke Pulau Pinang. Dia ambil terus dari tangan saya dan simpan. 

Saya jadi runsing dan tidak percaya. Lebih menambah curiga saya, dalam telefon itu hanya ada satu nombor sahaja. Saya menghubungi nombor itu tetapi panggilan saya tidak dijawab. Saya buka galeri dan ada gambar suami. 

Suami kata kawan dia yang tolong snap gambar itu. Tetapi bukankah kalau iPhone hilang, tuan empunya boleh jumpa? 

Saya simpan nombor misteri itu di telefon saya sendiri dan ternyata nombor itu ada WhatsApp dan berdasarkan gambar profile, nombor itu milik seorang gadis. 

Saya cuba menghantar emoji 'kiss' dan gadis itu balas balik, "Wah! Tak puas lagi ke tadi?" Terus saya naik angin. Suami terus ambil telefon itu dan keluar dari rumah tanpa menghiraukan saya. 

Saya benci, benci dan benci kenapa semua ini berlaku pada saya. Sudah empat hari suami tak balik, dia duduk di rumah ibunya. Saya menghubunginya dan bertanya kenapa jadi begini, dia pula kata dia tidak mahu bergaduh. 

Saya kuatkan diri demi anak berusia lima bulan.  Doakan saya kuat ya. 

Suami saya biasa tanya sebelum ini kenapa selepas bersalin dan bila bersama dengan saya rasanya tidak sama seperti dulu? Dia kata tak sehebat dulu. Saya hanya terkedu dan rasa sedih. Bermacam-macam jamu saya makan. Saya usaha dan beli jamu dengan duit sendiri kerana tidak mahu susahkan suami. Tetapi saya macam tidak dihargai. 



from The Reporter http://ift.tt/2iS41qC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n8tsca
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...