loading...

Saturday, 18 November 2017

Penemuan uri dalam rahim bongkar pasangan buang janin


Sepasang kekasih yang disyaki membuang janin ke dalam Sungai Kenawar, Pogoh, Segamat, ditahan polis hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 21 dan 19 tahun ditahan di Hospital Segamat kira-kira jam 4 pagi semalam selepas mendapatkan rawatan di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam rahim.

Suspek wanita yang diperiksa doktor menemui ada uri tertinggal di dalam rahimnya. Melihat pasangan itu dalam keadaan meragukan, pihak hospital kemudian merujuk kes itu kepada polis selepas selesai memberi rawatan.

"Hasil soal siasat mendapati, suspek lelaki mengakui pasangannya telah melahirkan bayi tidak cukup bulan tanpa pengetahuan keluarganya di rumah keluarga di Paya Pulai.

"Gadis itu dipercayai melahirkan tanpa bantuan individu lain dan kemudian menyerahkannya kepada kekasihnya tanpa pengetahuan sesiapa," katanya.

Suspek lelaki juga mengakui memasukkan janin pasangannya ke dalam beg plastik kuning dan membuangnya ke dalam Sungai Kenawar pada jam 12.15 tengah malam, Jumaat sebelum terpaksa membawa pasangannya ke hospital kerana mengalami pendarahan. 

Suspek lelaki turut mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan pasangannya.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui bungkusan plastik yang mengandungi janin terapung di sungai itu. Janin berkenaan yang tidak dapat dipastikan jantinanya itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat," katanya.

Susulan kejadian itu, pasangan terbabit ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.


from The Reporter http://ift.tt/2yW0RZ2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zNDYdW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...