loading...

Friday, 10 November 2017

Bapa maafkan pembunuh anaknya


LEXINGTON, AMERIKA SYARIKAT - "Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya," demikian kata seorang bapa yang memberi keterangan memaafkan pembunuh anaknya. 

Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford, menitiskan air mata. Malah hakim mahkamah di Lexington itu juga turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding buat sementara waktu. 

Ketika mahkamah menjatuhkan hukuman, Abdul Munim juga turut memeluk Relford. 

Lapor CCN, Abdul Munim berkata dia tidak marah pada Relford berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin. Sebaliknya dia menyalahkan syaitan yang telah menyesatkan Relford. 


“Saya menyalahkan syaitan kerana menyesatkan dia dan mengelirukan dia untuk melakukan jenayah yang begitu besar. Tidak, saya tidak menyalahkan dia. Saya tidak marah kepada dia sama sekali.

"Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.

"I blame the devil, for misguiding you and misleading you to do such a horrible crime. No I don't blame you. I'm not angry at you at all.

"I forgive you on behalf of Salahuddin and his mother. On the act of involving to kill him."

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, hubungiNya. Kamu bakal mempunyai babak kehidupan yang baru," katanya kepada Relford di mahkamah.


Dalam kejadian pada April 2015, Salahuddin ditikam sehingga mati dan dirompak di apartmen di Lexington, ketika membuat penghantaran pizza, lapor stesen televisyen tempatan, WKYT. 

Ekoran kejadian itu, tiga individu ditahan untuk membantu siasatan, tetapi hanya Relford sahaja yang didakwa. 

Pihak berkuasa mendakwa Relfor yang merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan dakwaan membunuh Salahuddin. 

Relford dihukum penjara selama 31 tahun selepas mengaku bersalah di atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes tersebut. 



from The Reporter http://ift.tt/2zLsS9w
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iKnCbu
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...