loading...

Thursday, 9 November 2017

Pagi curi beg peniaga berisi RM6,000, petang curi rantai emas bernilai RM4,000+


ALOR SETAR, KEDAH - 'Dasar pencuri' itulah kata-kata bagi menggambarkan tindakan seorang wanita yang mencuri di kedai emas, yang sebelum itu mencuri beg pinggang peniaga di kedai makan pada hari yang sama, lapor Harian Metro.

Suspek yang memakai baju kurung berwarna merah jambu itu mencuri di kedai emas dalam sebuah kompleks beli belah di Jalan Air Kolam, jam 3 petang semalam, membabitkan kerugian lebih RM4,000. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan mendapati wanita terbabit adalah individu yang sama mencuri beg pinggang milik peniaga yang mengandung wang hasil jualan sebanyak RM6,000. 

"Kes masih dalam siasatan dan setakat ini kita sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kes itu," katanya. 

Berdasakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, suspek berpura-pura mencuba rantai tangan emas itu sebelum melakukan kegiatan mencuri.

Ketika kakitangan premis itu berpaling ke belakang dalam tempoh beberapa saat, suspek sempat memasukkan rantai tangan yang dicuri dari rak cermin. 

Kakitangan premis itu hanya menyedari kehilangan rantai tangan emas itu selepas mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu memeriksa rakaman CCTV dan mendapati suspek telah mencuri rantai tersebut. 

Ekoran kejadian itu, pemilik premis membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut. 

Sebelum kejadian itu, suspek dilaporkan telah mencuri beg pinggang seorang peniaga kedai makan menyebabkan mangsa kerugian RM6,000. 

Suspek yang merupakan pelanggan tetap kedai tersebut dipercayai telah lama memerhati dan merancang untuk mencuri beg pinggang berkenaan. 


Mangsa hanya menyedari kehilangan begnya itu pada jam 10 pagi, lalu memeriksa rakaman CCTV dan mendapati begnya telah dicuri oleh suspek. 



from The Reporter http://ift.tt/2zrcrPn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2m9AexG
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...