RAWANG, SELANGOR - Seorang jururawat maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori pasir yang membuat pusingan U, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam di Jalan Bandar, Tasik Puteri, mangsa, Noorazlia Idris, 26, yang hamil tiga bulan, menunggang berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Puteri.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori pasir membuat pusingan U sebelum memasuki laluan mangsa, lalu bertembung dengan motosikal mangsa.
"Mangsa yang adalah jururawat di sebuah pusat dialisis di Rawang, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
"Polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori berkenaan turut disita bagi tujuan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2yp3Atm
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ma4sAH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment