Golongan wanita selalu dinasihatkan agar berhati-hati bila menggunakan produk kosmestik tempatan kerana sudah banyak kes di mana ramai pengguna mengalami masalah kulit muka akibat kesan dari penggunaan barang kosmetik yang mengandungi racun.
Seperti yang berlaku pada wanita bernama Syafikaa Izzati, kulit mukanya terjejas sehingga naik habis jerawat. Pedihnya dan hilang keyakinan diri berada di tempat awam, usah cakap, semestinya berlaku pada beliau. Namun begitu, atas tindakan pantasnya, Syafikaa berjaya merawat kulit mukanya. Bagaimana? Baca tips yang beliau kongsikan di bawah.
SAYA kongsikan tips pulihkan kulit muka dari breakout bagaikan mati hidup semula. Gambar kiri pada 28 September 2017 dan gambar kanan 4 Oktober 2017.
Sejak dari tahun 2013, muka saya mula breakout semasa saya menggatal tangan pakai Tabita dan gatal pergi buat laser treatment di Kelantan. Masa itu kulit muka saya masih normal.
Dari tahun 2013, saya memang dah berputus asa nak cuba produk tempatan. Tetapi semakin lama kulit muka menjadi semakin teruk. Menangis weh! Saya pun berhenti menggunakan produk tempatan pada tahun 2014 di mana kulit muka menjadi semakin teruk.
Sejak dari tahun 2014, memang tak ada harapan. Kejap elok, kejap tak. Saya berhenti local product ke high end product ke apa. Saya cuma guna natural product sahaja.
Tenyeh aloe vera, kunyit, madu, kayu manis tetapi sama saja. Tetapi orang kata, beauty is pain, kesabaran kena tinggi. Kalau ada orang ejek atau tanya, buat pekak sahaja.
Pada 17 September, saya pergi ke Bangkok, Thailand. Di sana cuaca panas terik, muka saya yang suam-suam kuku ini naik jerawat menggila. Sampai nak pegang muka pun sakit dan pedih.
Saya pun tekad nak pergi berjumpa dengan doktor. Saya buat research, tengok video sebab trauma kes pernah jumpa doktor tetapi kulit muka menjadi lebih teruk. Masa itu saya sengsara.
Saya pun pergilah berjumpa dengan seorang doktor ini untuk consult dan dikenakan bayaran RM50 untuk buat analisis skin untuk mengetahui apa punca kulit wajah saya menjadi begini.
Pertama doktor kata kulit saya berminyak pada asalnya. Tetapi menjadi kering sangat bila pergi ke Bangkok akibat terkena cuaca panas tanpa memakai sebarang (krim) perlindungan di muka menyebabkan jerawat naik. Doktor menyarankan saya membuat rawatan chemical peel and injection.
Saya pun seperti takut-takut sebab trauma masih tak habis. Tetapi saya percaya dengan saranan doktor yang bertauliah ini memang patut diikut. Saya tak fikir apa, terus buat. Tetapi muka menjadi merah. Saya beli skincare doc, sunblock dan palaing penting ikut pantang larang yang doktor berkenaan.
1. Untuk kulit berjerawat dan berminyak, please stop using moisturizer. Ini sebenarnya musuh utama walaupun tak guna make up. Kenapa? Sebab kulit awak berminyak, kemudian dibubuh lagi dengan moisturizer untuk melembab. Sebenarnya kulit muka hanya perlu apa yang diperlukan. Ini yang diberitahu oleh Doktor Alina yang mempunyai kelulusan dari Cardiff University.
2. Please, please and please use sunblock! Benda ini tolong jangan tinggal kalau korang nak recover. Lebih-lebih lagi muka tengah berjerawat, minyak, kering bagai. Dulu saya hanya menggunakan sunblock bila nak bersukan, pergi ke tempat panas terik. Sebab itulah muka saya tak elok. Ditambah pula saya gatal bubuh moisturizer. Selepas saya buat chemical peel, saya guna skincare yang dibeli dari doktor. Skincare dia sebenarnya banyak membantu saya, serius.
3. Jaga pemakanan. Saya berhenti dari makan makanan laut, bersusu, kacang, minyak, kurangkan gula dan musuh utama adalah seafood sebab saya resdung teruk.
Ini adalah set skincare yang saya gunakan. Dua ketul sahaja yang ada. Facial wash gel dengan toner, dah settle.
Ini pula sunblock yang saya gunakan. The best sunblock in the world.
4. Routine Skincare. Pagi nak pergi kejra, pakai facial wash, toner, sunblock, bc cream. Malam guna facial wash dan toner sahaja.
Kalau korang amalkan tips ini, dengan izin Allah SWT, kulit korang confirm improve.
Sumber: Syafikaa Izzati
from The Reporter http://ift.tt/2hmyDmp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AkYSh2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment