Netchanok Nokyungtong, 20, dalam keterangannya kepada polis berkata, hati dia hancur apabila teman lelakinya, Kim, 40, meninggalkannya dan kembali kepada isteri dan keluarganya di Korea Selatan, selepas dia memaklumkan bahawa dirinya mengandung.
Nokyungtong dilaporkan telah melahirkan bayi lelakinya di rumah pada waktu petang, Selasa. Selesai bersalin, dia kemudian membungkus bayi lelakinya itu dalam satu beg plastik berwarna hijau dan membuangnya dari tingkap bilik.
Menurut seorang saksi yang juga merupakan penduduk di pangsapuri berkenaan, dia ternampak sebuah objek besar terjatuh ke bawah melepasi tingkapnya di tingkat empat dan terhempas ke tanah dalam sekitar jam 5 petang.
Curiga dengan objek itu, saksi kemudian berlari turun ke bawah untuk memeriksa beg plastik itu. Alangkah terkejutnya apabila dia menemui mayat bayi lelaki di dalam beg plastik, lalu segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu.
Bertindak di atas panggilan saksi, polis kemudian menghantar anggotanya ke tempat kejadian dan mendapati mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa.
Polis kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menahan Nokyungtong yang mengaku telah membuang bayinya dari tingkat 17.
Siasatan awal mendapati, Nokyungtong bertindak demikian kerana kecewa dengan teman lelakinya yang telah meninggalkan dia setelah mengetahui dirinya mengandung dan kembali ke pangkuan keluarganya di Korea Selatan.
"Teman lelaki dia merupakan warganegara Korea Selatan dan sudah berkeluarga. Namun setelah Nokyungtong memaklumkan bahawa dirinya mengandung, Kim menyuruhnya menggugurkan saja bayi itu dan telah meninggalkan dia dan kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya di Korea Selatan.
"Cik Netchanok Nokyungtong bersalin di dalam bilik air, di mana ada kesan darah ditemui di lantai. Wanita itu menjelaskan dia bersalin secara tiba-tiba dan ketika itu dia masih belum bersedia untuk menyambut kelahiran bayinya, malah dia tidak mempunyai wang untuk menyara bayinya.
"Dia telah dibawa ke hospital untuk diperiksa dan akan kekal dalam tahanan polis untuk didakwa di mahkamah," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2zmuRR4
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2Anu3Z3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment