Dalam kejadian kira-kira jam 12.14 tengah hari di Taman Sejoli, Nik Nasron terkejut apabila menyedari kehadiran dua lelaki yang datang menaiki Perodua Myvi berlegar di halaman depan rumahnya.
Ketika kejadian, Nik Nasron berada di rumah bersama dengan isteri dan dua orang anaknya.
"Hati-hati. Kejadian di Taman Sejoli, dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan masuk ke dalam kawasan rumah kami. Bila ditegur, mereka kata nak mengecat rumah jiran sebelah. Sedangkan rumah jiran sebelah baru saja habis dicat bulan lepas kalau tak silap.
"Saya menghubungi jiran dan memaklumkan kepadanya mengenai dua lelaki terbabit. Namun jiran menafikan ada menghantar dua lelaki berkenaan untuk mengecat rumahnya.
"Selepas memeriksa nombor pendaftaraan kereta Myvi yang dinaiki mereka, rupanya kereta sewa," katanya selepas memuat naik rakaman video kejadian di Facebooknya.
Kata Nik lagi, dua lelaki itu mendakwa datang untuk mengecat rumah jirannya tetapi di tangan mereka kelihatan memegang playar.
"Patutnya saya biarkan saja dulu, nak tengok macam mana mereka mengecat menggunakan playar," selorohnya dalam ruangan komen.
Bagaimanapun, Nik tidak menolak kemungkinan bahawa dua lelaki berkenaan mahu memecah masuk rumahnya yang kelihatan seperti tiada penghuni.
Sementara itu, isterinya, Amalia, memaklumkan dua lelaki terbabit rupa-rupanya adalah suspek kes pecah rumah dan difahamkan mungkin sudah menyasarkan rumah untuk dipecah masuk.
"Harap mereka tak datang lagi. Kami sudah maklumkan kepada pihak polis. Rupa-rupanya dua lelaki ini suspek pecah rumah orang.
"Jadi, polis nasihatkan untuk lebih berhati-hati kerana dua suspek berkenaan seperti sudah menyasarkan rumah untuk dipecah masuk. Dan ada jenis yang membawa senjata ketika melakukan jenayah.
"Jadi, polis nasihatkan untuk lebih berhati-hati kerana dua suspek berkenaan seperti sudah menyasarkan rumah untuk dipecah masuk. Dan ada jenis yang membawa senjata ketika melakukan jenayah.
"Jadi kepada penduduk di kawasan Taman Sejoli, berhati-hati," katanya.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengunci pintu pagar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
from The Reporter http://ift.tt/2ynLKuT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lHagl1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment