BOTA, PERAK - Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan polis selepas dipercayai meliwat adik perempuannya berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Bota Kiri, Seri Iskandar, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, ibu mangsa membuat laporan bahawa anak perempuannya memberitahu abangnya telah memasukkan kemaluan di dalam duburnya.
Suspek dipercayai telah memanggil mangsa masuk ke dalam bilik air sebelum membuka seluarnya dan melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum kejadian itu diketahui bapa mereka.
Ketika kejadian Sabtu lalu, ibu mereka dipercayai keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abangnya di rumah.
"Kejadian itu diketahui selepas mangsa dipercayai menceritakan perkara itu kepada seorang lagi adik perempuannya sebelum perbualan itu didengari oleh bapa mereka.
"Mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu bercakap, manakala suspek sudah direman bermula Selasa lalu sehingga Isnin depan," katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
from The Reporter http://ift.tt/2hwrRav
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lG7I6G
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment