loading...

Friday, 2 June 2017

'Baru 5 minggu mengandung, ada hati nak bagi tips hamil' - Si Polan


Hanya kerana kerap berkongsi tips hamil di Facebook, si ibu yang baru hamil lima minggu ini telah dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya oleh bekas kawannya itu.

"Hidup lagi manusia seperti ini. Patutlah dia bahagia. Laki bini perangai sama. Saya tak tahu siapa suami dia tetapi kalau dia baca, harap dia mampu memndidik isteri dia supaya tak bermulut celupar," demikian tulis FMY (nama tidak dapat didedahkan) yang terkilan dan kecewa dengan sikap bekas rakannya yang tergamak melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

Wanita terbabit menghubungi FMY melalui WhatsApp dan memaklumkan dia mengetahui FMY sudah hamil lima minggu selepas dimaklumkan oleh suaminya yang mendapat perkhabaran itu melalui Facebook. 

Namun, niat si polan itu sebenarnya hanya mahu menyampaikan pesanan yang biadab dan kurang ajar. 

"Kau baru saja mengandung. Tak payah update esok lusa gugur, buat malu saja. Baru saja mengandung, cakap riak. Esok lusa gugurlah tu. Padan muka, berlagak sangat. 

"Ada hati bagi tips hamil. Lainlah kalau anak dah sepuluh. Ini baru anak sulung kot? Sudahlah selepas tiga tahun pula (baru dapat hamil), nampak sangat rahim kau bermasalah. 

"Geli aku tengok kau bagi tips hamil. Sumpah geli. Harap kau gugur esok lusa, takpun anak mati. Hahaha!" katanya. 







Bagaimanapun jelas FMY, dia hanya mahu berkongsi kegembiraannya bersama kawan-kawan. Namun kecewa dengan sikap bekas rakannya itu yang tergamak melemparkan kata-kata seperti itu. 

"Bila aku tak mengandung, hari-hari kau tanya. Betullah tekaan aku, kau tanya bukan nak mendoakan aku tetapi kau nak ketawakan aku sebab tak mengandung lagi. 

"Kalau esok lusa gugur, aku anggap itu bukan rezeki aku. Tapi aku bahagia juga. Ternyata aku atau suami bukan mandul seperti yang kau canang. Kau kawan aku tetapi tergamak kau cakap seperti itu," balas FMY sebelu menyekat nombor wanita itu dari terus menghubunginya lagi. 

Bagi FMY, disebabkan manusia seperti itulah dia membuang kawan-kawan kerana tidak mahu hidup dalam keadaan hati tidak tenang, dengki, diselubungi masalah dan sedih.

"Baby tak salah lah, sampai hati dia," tulisnya di Facebook, di mana status dan gambar-gambar perbualan WhatsApp itu telah dikongsi 2.369 pengguna Facebook. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qQNrsd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qLDSzE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...