loading...

Friday, 16 June 2017

Seminggu selepas 'didampingi', ibunya meninggal dunia


Bagi yang pernah berkunjung ke Serikin, Kuching, Sarawak, pastinya tahu bagaimana keadaan jalannya di sepanjang perjalanan. Bukan mahu menakutkan, tetapi menurut beberapa komen netizen yang mengesahkan tempat itu sememangnya 'keras'. 

KISAH INI berlaku pada kakak kepada teman wanita abang saya. Nak dijadikan cerita, dia bersama suami dan anak-anaknya pergi bershopping di Serikin, sebuah  pekan kecil yang terletak di Kuching. 

Selesai bershopping dan ketika dalam perjalanan pulang, si isteri ternampak ada peniaga menjual nasi dalam periuk kera. Lalu dia meminta suaminya singgah sebentar untuk membeli.

"Abang, kita singgah kat sana kejap," katanya dan suami akur dan bersetuju untuk singgah sebentar, 

Peniaga nasi periuk kera itu berniaga di tepi jalan. Tiada kelibat orang lain yang berniaga, hanya dia sahaja. 

Selepas membeli nasi periuk kereta, si isteri pun masuk dan makan dalam kereta. Tiba-tiba dia meminta suaminya patah balik ke tempat peniaga itu semula. 

"Abang, patah balik. Saya nak beli untuk mak sekali. Sedap nasi periuk kera ni," kata isteri. 

Suami ikut tanpa membantah. Setibanya di tempat tadi, mereka tercari-cari di mana peniaga terbabit berkenaan. Padahal masih belum lama mereka baru meninggalkan tempat itu. Bayangan peniaga itu pun sudah tidak kelihatan. 

Sepanjang perjalanan pulang dari Serikin, tiada sebarang penempatan atau kampung di kiri kanan jalan. Keadaan di sekeliling sememangnya sunyi. Suami pula hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Selepas pulang dari Serikin, si isteri terus berubah menjadi pendiam, keadaannya tidak terurus, malah dia langsung tidak mengenali siapa ahli keluarganya. 

Bertambah teruk apabila anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun, enggan mendekati ibunya. Setiap kali dia melihat ibunya, dia pasti akan menangis. Sedangkan mereka amat rapat sebelum ini.

Tahu apa yang budak itu cakap?

"Saya tak nak dekat dengan ibu. Saya takut sebab ada nenek di sebelah ibu dan mukanya buruk!" katanya. 

Si isteri kemudian dibawa pergi berubat. Malangnya rawatan tradisional tidak kesan. Seminggu selepas kejadian itu, si isteri dilaporkan telah meninggal dunia.  Saya seperti tidak percaya, sedangkan dia si isteri adalah orang yang baik. 

Allah Maha Mengetahui atas setiap kejadian.


Sumber: Dayang Jannefer

*Anda mempunyai kisah atau pengalaman yang menarik untuk dikongsikan bersama, sila hantar ke mymedialab8@gmail.com. Terima kasih.


from The Reporter http://ift.tt/2robaRF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sjSXpE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...