loading...

Monday, 26 June 2017

'Tak salah nak beromantik suami isteri tetapi tak perlulah menunjuk' - Netizen


KUALA LUMPUR - Viral gambar-gambar pasangan berposing angkat mengangkat bersempena raya di media sosial semalam mengundang kecaman netizen. 

Menurut netizen, gambar-gambar seumpama itu agak kurang sopan untuk dipaparkan pada khalayak umum dan pasangan yang terlibat sepatutnya berasa malu dan menyembunyikan apa yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang awam. 

Bagi Eman Panji, gambar-gambar itu kelak antaranya:
  • Akan menimbulkan fitnah
  • Berasa riak
  • Mempamerkan kecantikan isteri
  • Menaikkan syawat orang yang melihat
  • Untuk mendapat pujian yang batil
  • Menjadi ikutan remaja
  • Bentuk  badan (aurat) isteri terserlah semasa beraksi, berbonjol-bonjol
  • Komen-komen negatif dari netizen

Difahamkan, cabaran untuk beraksi dengan gambar posing raya 'rare' itu dimulakan oleh seorang individu yang dikatakan mahu menawarkan hadiah bagi pasangan yang berjaya mendapat like terbanyak.

"Ini mereka yang menyahut cabaran semalam. Yang lain mana? Tak kan dengan laki atau bini sendiri malu nak amek gambar macam ni?" tulis individu berkenaan yang postnya itu kini dikongsi 2,897 pengguna Facebook. 

Sementara itu, netizen berpandangan tindakan individu berkenaan mendorong pasangan suami isteri merakam gambar aksi angkat mengangkat itu keterlaluan sehingga sanggup membiarkan aurat isteri sendiri ditayangkan kepada umum. 

"Eloklah tu, sebulan mencari pahala, masuk hari rayah abiskan kejap je," kata Fazrul Akmal. 

"Baiknya hati diorang belanja kawan-kawan 'buah' isteri masing-masing," kata Mat Lap Lip. 

"Tengok setiap gambar, tengah dok skrol terbaca komen-komen lucah. Tahu pula pemilik gambar marah bila ada orang cakap lucah tentang tubuh badan isteri dan fizikal dia. Kalau itu pun dah ada dalam fikiran mereka untuk berlucah-lucah, bayangkan apa lagi yang mereka imaginasikan?" kata Farahnurain Manap. 

"Ish.. ish.. Nauzubillah himinazalik. Aku tengok seorang suami sedang membawa bara api neraka. Ya Allah, pedihnya," kata Rescue Vertical. 

Meskipun sudah ada yang menegur individu berkenaan, namun sehingga kini teguran itu tidak diendahkan. Malah ada netizen yang lain meminta tempoh cabaran itu dilanjutkan agar mereka dapat menyertainya.


from The Reporter http://ift.tt/2tfQLmt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sg1Q1N
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...