loading...

Friday 9 June 2017

Pengawal Peribadi tembak punggung suspek cuba samun majikannya


SHAH ALAM, SELANGOR - Cubaan dua lelaki menyamun seorang lelaki bergelar Datuk Seri di hadapan sebuah bank semalam, berjaya digagalkan pengawal peribadinya, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa yang berusia 58 tahun dan pengawal peribadinya baru selesai mengeluarkan wang tunai kira-kira RM200,000 dari Alliance Bank, Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek yang menunggang motosikal dan bersenjatakan parang dan kapak kemudian menyerang mangsa untuk merampas wang itu.

Bagaimanapun, pengawal peribadi mangsa pantas bertindak melepaskan tembakan dan mengenai punggung salah seorang suspek. Manakala rakan suspek berjaya melarikan diri. 

"Pengawal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan sehingga mengenai suspek," katanya. 

Suspek yang cedera dirawat di Hospital Shah Alam, manakala pengawal peribadi dan Datuk Seri yang mengalami cedera ringan dibawa ke hospital di Klang. 

Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2r41ifW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2s6v1Ii
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...