KUCHING, SARAWAK - Ketika umat Islam yang lain sedang menyambutkan Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, maut terkena letupan mercun, lapor media tempatan.
Dalam kejadian lebih kira-kira jam 12 tengah hari Ahad di rumahnya, Kampung Bintawa Hilir, mangsa, Haiqal Hakim Zolpak, 12, dilaporkan bermain mercun secara bersendirian.
Lapor Oriental Daily, salah satu daripada mercun yang dinyalakan oleh mangsa tidak meletup, menyebabkan mangsa berlari dan memeriksa keadaan mercun tersebut. Ketika mangsa sedang membelek-belek bahan letupan itu, tiba-tiba ia meletup tepat di mukanya.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum terjatuh. Mangsa dilaporkan maut disebabkan impak letupan itu dan dilaporkan salah satu matanya telah tercabut dan terkeluar dari soket mata.
Lapor China Press, mangsa bermain mercun bersendirian di luar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum bapanya terdengar bunyi letupan yang kuat dan terus bergegas keluar melihat apa yang berlaku sebelum ternampak mangsa dalam keadaan cedera parah.
Jiran yang berdekatan, turut datang menghulurkan bantuan dan membawa mangsa ke dalam rumah sementara menunggu pihak polis tiba di tempat kejadian.
Polis mengesahkan kejadian tersebut dan telah menghantar pasukan untuk menyiasat punca kejadian termasuk mengetahui jenis mercun dan dari mana mangsa memperolehi bahan letupan berkenaan.
from The Reporter http://ift.tt/2sQ2oO1
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2t9BZxh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment