loading...

Tuesday, 20 June 2017

Penyewa lari tanpa jelaskan bil TNB RM519.45


BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR - Adab menyewa rumah orang, haruslah dijaga dengan baik dan jangan terlambat melunaskan bayaran sewa mahupun bil utiliti. Selain itu, penyewa perlu mematuhi kontrak yang disediakan oleh pemilik rumah. Langgar kontrak, silap-silap boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Namun, malang nasib buat pemilik rumah ini apabila penyewanya melarikan diri dengan meninggalkan sampah dan bil eletrik yang tinggi menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kos untuk menanggung kerugian itu. 

"Salam semua yang mahu menyewa bilik atau rumah. disebabkan mereka telah keluar dari rumah tanpa menjelaskan bil TNB sebanyak RM519.45 dan telahpun melanggar kontrak," tulis Selva Raj di Facebook. 




Menurut Selva, penyewanya telah melarikan diri dan bila dia datang membuat pemeriksaan rumah, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati banyaknya sampah yang ditinggalkan penyewa berkenaan. 

"Bukan nak menghina tetapi hati tengah panas. Dengan kunci rumah dipulangkan dengan mencampakkannya semula ke dalam rumah. Bodoh sangat agaknya bila budak tak reti nak menyewa mengikut kontrak atau dia tidak faham maksud kontrak. 

"Bila tanya baik-baik, dia halau. Saya post ini bukan mahu mengaibkan tetapi sebab nak semua orang tahu agar semua pemilik rumah berhati-hati dengan perempuan ini sebelum menyewakan bilik kepada wanita ini," tulisnya. 

Difahamkan, bekas penyewa terbabit telah menyekat nombor telefon Selva dari terus menghubunginya. 

Golongan pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka dinasihatkan sentiasa berwaspada dan menyiasat latar belakang penyewa sebelum bersetuju membenarkan penyewa baru menyewa rumah anda. 


from The Reporter http://ift.tt/2rMEfug
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rRr3iV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...