Seorang pelanggan Air Asia tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangannya yang tidak membenarkan mereka masuk ke dalam pesawat, sedangkan mereka sudah mendaftar masuk di kaunter dan bagasi mereka juga telah dibawa masuk ke dalam ruang penyimpanan bagasi pesawat.
Menurut pengadu, dia dan isteri terlewat 10 minit kerana jarak perjalanan dari kaunter menuju ke pintu masuk agak jauh dan memakan masa untuk sampai ke pintu tersebut.
ADUAN DARI WASABI HUA:
Semalam saya terlepas penerbangan dan terpaksa menanggung kerugian RM1,400 untuk membeli tiket penerbangan yang baru. Boarding time jam 3.30 petang, saya tiba di pintu masuk jam 3.40 petang disebabkan jarak perjalanan ke pintu masuk yang terlalu jauh.
Bila sampai, pintu masuk telah ditutup dan lebih kurang 10 minit kami terpaksa mencari kakitangan Air Asia untuk membantu kami. Pesawat masih berada di situ dan kami telah mendaftar masuk di kaunter, serta bagasi kami telah dibawa masuk ke dalam pesawat.
Bagaimanapun, kakitangan Air Asia tidak membenarkan kami masuk dan saya terpaksa berjalan jauh untuk mencari kakitangan Air Asia. Di bawah adalah perbualan isteri saya dengan dua kakitangan Air Asia pada hari kejadian.
Isteri: Boleh awak bantu kami? Kami perlu masuk ke dalam pesawat ini dengan kadar segera.
Staff 1: Maaf, pintu masuk telah ditutup.
Isteri: Yeah, tetapi pesawat masih berada di situ dan kami hanya mengambil masa satu minit untuk berjalan ke pesawat berkenaan.
Staff 2 (Pramugari): Maaf sangat-sangat. Kami tidak dapat membantu awak.
Isteri: Tolonglah, saya perlukan bantuan awak. Ada cara tak untuk awak bantu saya?
Staff 2: Ya, ada caranya iaitu tolong keluar dari tempat ini sekarang.
Terbaiklah layanan yang diberikan kakitangan Air Asia. Teruskan. Saya pasti satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku pada kamu!
Kepada pramugari berkenaan, ini mesej saya untuk awak. Awak hanya pramugari sahaja, bukannya Miss World atau superstars! Walaupun awak salah satu daripadanya, suatu hari kelak awak akan tua dan dilupakan. Apa yang awak buat pada kami, akan terjadi pada awak semula.
Awak cuma berkerja dengan Air Asia dan kita semua adalah manusia yang sama. Satu hari nanti awak pasti perlukan bantuan dari orang lain dan saya akan lihat bagaimana tidak terdayanya awak menghadapi situasi itu.
Awak bertuah kerana saya tiada bersama isteri ketika awak melemparkan kata-kata seperti itu dari mulut awak. Kalau tidak, pastinya saya akan ajar awak bagaimana untuk berkelakuan sopan dan hormat pada orang.
Yang kedua, awak beritahu saya boarding time jam 3.30 petang dan pintu masuk ditutup pada jam 3.40 petang. Jika saya terlepas waktu pendaftaran masuk, saya takkan cakap apa-apa. Tetapi saya dah daftar masuk!
Ketiga, Air Asia keluarkan bagasi kami dari pesawat. Jika Air Asia ada masa untuk mencari bagasi kami, kenapa Air Asia tak benarkan kami masuk ke dalam pesawat yang mana ia hanya mengambil masa seminit?
Akhir sekali, saya pergi menuntut bagasi saya di ruang tuntutan bagasi. Kakitangan di situ meminta saya pergi periksa dan selepas itu, kakitangan yang lain pula menyuruh saya pergi ke bahagian ketibaan dan disitulah saya ditahan oleh polis.
Selepas menjelaskan situasi yang saya hadapi, polis membenarkan saya masuk. Saya terpaksa habiskan masa sejam untuk mencari bagasi kami dan akhirnya menemui bagasi kami di ruang tuntutan bagasi penerbangan antarabangsa.
Air Asia, saya kagum dan hormat dengan kejayaan anda dalam industri ini dan saya bukan siapa-siapa yang boleh memberikan cadangan bagaimana Air Asia boleh meningkatkan mutu perkhidmatannya. Tetapi tolonglah ajarlah kakitangan anda hormat dan bantu pelanggan anda.
BOARDING TIME 15:30. GATE CLOSES 15:50 (20 MINUTES FOR BOARDING)
Berdasarkan gambar pass masuk yang dimuat naik oleh pengadu, tertera di bahagian langkah keempat yang menyatakan dengan jelas bahawa, pintu masuk ditutup pada jam 3.50 petang. Dalam kes ini, pengadu tiba di pintu masuk pada jam 3.40 petang, 10 minit sebelum jam 3.50 petang.
"Gate closes at 15.50. If you arrive after this time you will be denied boarding."
Sementara itu di media sosial, netizen juga turut berkongsikan pengalaman di mana mereka juga pernah dan hampir pernah mengalami situasi seperti itu berikutan jarak pintu masuk yang sangat jauh.
"Saya hampir mengalami kes seperti ini. Tiba awal di lapangan terbang, tetapi tidak banyak kaunter daftar masuk yang dibuka menyebabkan penumpang beratur panjang untuk urusan daftar masuk. Datang awal tetapi masih melekat di barisan kaunter, apa gunanya?" kata netizen.
DATANG 3 JAM LEBIH AWAL
Bagi yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan Air Asia di terminal KLIA 2, jarak perjalanan ke pintu masuk sememangnya jauh dan memakan sedikit masa untuk tiba. Namun bagi yang belum arif dengan keadaan dan situasi itu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal seperti yang disarankan oleh Air Asia, iaitu tiga jam sebelum penerbangan. Ini bagi mengelakkan kes kelewatan masuk ke pesawat masing-masing.
from The Reporter http://ift.tt/2s1mVNC
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rIx0zn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment