KOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.
Menurut Masidi, sebarang bentuk cukai perlu disalurkan ke negeri Sabah, bukannya ke kantung Kerajaan Persekutuan.
Meskipun faham dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian.
"Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya.
Menurut Masidi, Kabinet pada Rabu lalu ada membincangkan isu tersebut dan menyatakan cadangan cukai pelancongan itu wajar dipertimbangkan tetapi bukan pada ketika ini.
"Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan tepat bagaimana 'menjualnya'.
"Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2sT1DU2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ssKXoH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment