Baca coretan Norlisah Samsuri ini, terkenang zaman belajar suatu ketika dahulu.
Zaman kita belajar dulu, tak semua benda kita nak, kita boleh dapat. Mintalah apa pun, belum tentu atau memang takkan dapat kerana keluarga kebanyakan bukannya orang berada. Bertambah malang lagi jika keluarga tidak berkemampuan, lalu terhentilah hasrat si anak untuk melanjutkan pelajaran.
Namun anak-anak muda hari ini, minta apa saja pasti akan diberi. Nak masuk universiti awam (UA) selepas tamat SPM, ibu bapa akan tunaikan. Nak minta laptop untuk memudahkan diri bila berada di UA, pun ibu bapa berikan.
Anak-anak bukannya peduli daripada atau apa yang ibu bapa lakukan untuk dapatkan benda yang mereka minta? Mereka cuma tahu meminta sahaja.
Biarlah orang kata apa pun, ibu bapa tetap usahakan untuk memastikan anak-anaknya masuk ke UA. Tetapi tahukah anak akan pengorbanan yang dibuat ibu bapanya?
"Kisah semalam, pendaftaran student second intake. Masa nak balik, saya ternampak waris ini memberi pesanan terakhir untuk si anak. Kemudian dia memeluk si anak dan tergesa-gesa berjalan ke luar kolej.
"Kebetulan pula saya memang nak balik. Jadi saya tumpangkan pakcik itu. Rupa-rupanya dia nak balik ke Klang bersama isterinya yang keletihan menunggu di pondok jaga dengan bas.
"Pakcik ini bekerja sebagai buruh binaan, menghantar anaknya jauh ke utara memang satu pengorbanan.
"Dulu tahun 80-an, arwah abah menghantar saya belajar di Taiping dan UUM menaiki motosikal sahaja. Memang meletihkan tapi masa itu tak rasa janggal sebab kebanyakan orang lain pun macam tu.
"Sekarang zaman teknologi, bila waris hantar anak belajar naik teksi atau bas, menggunung rasa simpati. Semoga si anak belajar rajin-rajin dan dapat mengubah nasib keluarga," tulis Norlisah.
Jika anda sudah berjaya, hargailah pengorbanan ibu bapa. Janganlah dilupakan jasa mereka untuk melihat anda berada di tempat anda hari ini. Jangan pula mengungkit, jangan pula berkira. Hargailah mereka seadanya sementara mereka masih ada.
from The Reporter http://ift.tt/2svcELg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tHWvBG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment