loading...

Friday, 23 June 2017

'Jangan kau pertikaikan bagaimana isteri kemaskan beg'


Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat, kemaskan beg itu senang. Walaupun kemas beg itu seperti 'mengemas beg' je, tapi ia merupakan tugasan yang paling mencabar bagi seorang isteri. Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk melakukan tugasan itu dengan baik. 

Jangan kau fikir semua baju adalah baju. Baju ini ada banyak jenis baju. 
  1. Baju balik kampung
  2. Baju untuk masak di malam raya
  3. Baju pagi raya
  4. Baju ke dapur pada hari raya
  5. Baju berjalan ke rumah saudara
  6. Baju casual di malam hari pada hari raya
  7. Tu baru kategori baju isteri tu sendiri

Ini belum termasuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis saja.
  1. Tudung jangan kau ingat satu jenis je
  2. Ada tudung sarung untuk ke dapur
  3. Ada shawl nak pakai pagi raya
  4. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual
  5. Inner tudung
  6. Anak tudung
  7. Pin tudung
  8. Pin ni pun ada banyak kelas
  9. Pin kat telinga kena tajam
  10. Pin kat dagu kene kecik
  11. Pin kat bahu kena besar sikit
  12. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak
  13. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar
Belum baju anak.. Uii, itu lagi banyak jenis. 
  1. Baju raya
  2. Baju bila dah tengah hari
  3. Baju tidur
  4. Baju ganti kalau baju raya dah comot
  5. Baju kalau tido dalam aircond
  6. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond
  7. Baju berlubang, baju takde lubang
Itu kalau seorang anak. Bagaimana kalau ada lima atau enam orang anak? Suami punya pun dia kena fikirkan juga. Bukan setakat baju melayu saja, butangnya, sampinnya, songkoknya. 

Itu baru baju. Baju itu pula ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ini, hari kedua baju ini. Kalau seminggu kau balik ke kampung, ha memang nak robohlah handle tangan di siling kereta tu dia sangkut. Sila hari bulan boleh melengkung bumbung kereta. 

Itu belum lagi dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal, selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak-anaknya lena. Iron pun dia bawa weh!

Kasut? Ada kasut raya, ada kasut kalau nak pergi pasar di rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak pergi jalan jauh.
"Hmmmmmm.. Fuh...tu je.." 

Itu saja? Belum. Kuih raya, kerepek raya, kek lapis, kek coklat, serunding, dodol, bagai.

Ha, mandi camne mandi? Sabun mak, sabun anak, sabun bapak tak payah sebab dia tibai saja sabun apa yang ada dalam bilik mandi tu krang. Syampu, ubat gigi, berus gigi, semua itu mesti cukup. Tak ada nak main sebab saja orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawa sendiri punya. 

"Ha, okay. Cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha."

Eh! Ada lagi! Barang makeup, bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak, deodorant aih semualah. Ketip kuku pun dia bawa. Cotton bud dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahulah. 

Charger handphone, kalau dia tak ingat memang tak bercas la handphone tu karang. Dan dia siap ada plan kontigensi. Bawa panadol, minyak angin, blood pressure meter, home thermometer, Mopiko, Tiger Balm kot-kot anak demamlah, takut anak kena gigit sengkenitlah. Macam-macam.

Jarum jahit pun ada. Benang, gunting apa semua. Kot tertetas jahitan di ketiak ke, tercabut butang baju raya anak ke apa. 

Haa, okay. Ada dah semua. Fuh lega. Okay, zip beg! 

Suami kerjanya apa? Angkat saja beg yang banyak-banyak itu susun dalam kereta. Jangan cakap apa-apa. Angkat, susun dan senyum. 



from The Reporter http://ift.tt/2t3daCZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2s40mYw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...